Anemia merupakan antara masalah kekurangan nutrisi yang paling lazim di dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa kira-kira 30% daripada penduduk di dunia (lebih 2 bilion individu) menghidapi anemia, penyakit paling lazim di kalangan wanita dan kanak-kanak.
Di Malaysia sahaja, daripada 5,184 orang dewasa yang diuji oleh Bahagian Kesihatan Pengguna Merck, kira-kira 39% daripada mereka menghidapi anaemia – 42% daripada 3,676 adalah wanita dan 31% daripada 1,508 adalah lelaki.
Anemia berlaku apabila tahap sel-sel darah merah atau tahap hemoglobin lebih rendah daripada biasa, oleh itu jumlah oksigen yang kurang telah dibawa ke dalam aliran darah. Kekurangan zat besi yang menyebabkan anemia adalah jenis anemia yang biasa disebabkan kekurangan zat besi di dalam badan untuk menghasilkan hemoglobin.
Walapun kelihatan tidak merbahaya, anemia boleh membawa kepada pelbagai komplikasi jika dibiarkan tanpa rawatan. Antara kesan utama termasuklah bayi dengan kecacatan kelahiran, perkembangan fizikal dan kognitif terjejas, peningkatan risiko kesihatan kepada kanak-kanak dan mengurangkan produktiviti kerja di kalangan orang dewasa. Perlu ditekankan bahawa penyakit ini menyumbang kepada 20% daripada semua kematian dalam kandungan di seluruh dunia, dan menjadi satu kebimbangan utama bagi negara-negara membangun.
Tanda-Tanda Anemia
Akibat kekurangan oksigen dalam badan, pesakit kekurangan zat besi anaemia akan mengalami gejala-gejala seperti –
- pening
- kelesuan atau lemah badan
- kerap sakit kepala
- kebas kaki
- keinginan untuk makan yang pelik seperi kotoran, ais atau tanah liat
- sejuk kaki dan tangan
- bengkak lidah
- tekak kuku rapuh
- kulit pucat
Sekiranya tidak dirawat, anemia boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur dan boleh membawa kepada kegagalan jantung atau serangan jantung. Kehamilan, kedatangan darah haid yang berlebihan dan fibroid rahim adalah antara sebab yang mengundang lebih ramai wanita untuk menghadapi anemia berbanding lelaki.
Menurut Institut Jantung, Paru-paru dan Darah Negara, anggaran 20% wanita mengalamai kekurangan zat besi anemia. Ini dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan di Semenanjung Malaysia, melaporkan bawah 25% antara golongan wanita berusi 18 hingga 60 tahun menghidap penyakit tersebut. Golongan wanita hamil pulak lebih berkemungkinan untuk mengalami kekurangan zat besi kerana mereka memerlukan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan bayi mereka.
Melihat kepada peratus berkaitan kekurangan zat besi anaemia yang membimbangkan, Bahagian Kesihatan Pengguna Merck kini melangkah dan meneraju usaha meningkatkan kesedararan tentang penyakit anemia yang disebabkan kekurangan zat besi melalui kempen mereka, ‘Menangi Hari Anda’. Kempen ‘Menangi Hari Anda’ diadakan untuk mendidik dan memperbaiki kehidupan harian wanita khususnya kerana mereka berkemungkinan akan lebih cenderung untuk mendapat anemia.
Sempena kempen kesedaran “Menangi Hari Anda”, Merck menyediakan ujian hemoglobin secara percuma di farmasi terpilih di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai ujian hemoglobin percuma, dan melakukan pemeriksaan sendiri berkenaan status anemia anda melalui Borang Penilaian Risiko Anaemia dan Carta Warna Konjungtiva atau jadual ujian hemoglobin, sila layari www.WinYourDay.my.