Gedung atas talian yang menjual serta mengendalikan proses jual beli aksesori wanita seperti beg tangan dan kasut berjenama REEBONZ kini menyambut ulang tahunnya yang ke-7.
Sebagai platform atas talian yang menawarkan pengalaman terbaik kepada para penggunanya sekitar Asia Tenggara sejak tahun 2009, Reebonz Closets dan Reebonz Marketplace dilihat terus berkembang untuk memenuhi permintaan masyarakat masa kini yang gemar membeli-belah dengan ringkas dan efisyen secara online.
Reebonz Closets di www.reebonz.com.my closets yang terdapat pada aplikasi mudah alih untuk iOS, iPad dan Android berfungsi untuk menghubungkan komuniti pencinta fesyen dari setiap pelusuk Asia melakukant transaksi penjualan dan pembelian ke atas hak milik mereka termasuklah beg tangan berjenama, kasut mewah dan aksesori lain hanya dengan beberapa langkah mudah.
Bukan itu sahaja, pengguna yang menjual sekurang-kurangnya 5 item atau itemnya yang bernilai lebih dari RM10,000 boleh mendapatkan khidmat rundingan dari pihak Reebonz di talian +603 7932 1380 bagi mengaktifkan keistimewaan Reebonz White Glove iaitu servis yang membolehkan barangan berjenama mereka diambil, dirakam gambarnya secara profesional serta disenarai di laman web Reebonz secara percuma!
Malahan, Reebonz Marketplace di marketplace.reebonz.com pula menawarkan pelbagai jenis barangan edisi terhad yang menjadi kegilaan para pengumpul barangan berjenama kepada para pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Ini secara tidak langsung menjadi inisiatif terbaik untuk menyatukan para pengedar barangan vintaj, pemilik butik jenama mewah serta pemilik barangan berjenama untuk sama-sama berkongsi cita rasa dan pengalaman jual beli secara lancar.
Reebonz komited untuk membawakan variasi rangkaian beg tangan mewah, aksesori, barang kemas dan kasut koleksi pereka kepada lebih 18 buah pasaran maju di seluruh dunia. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.reebonz.com.my. Jangan lupa untuk mendaftar sebagai ahli Reebonz bagi menikmati lebih ganjaran serta bonus!