Anda pasti pernah melihat potret wanita ini bukan?
Seorang ibu yang berasal dari Perth, Australia sempat mengambil gambar potret ketika dirinya sedang sarat hamil bayi kembar lima pada bulan Januari lalu. Ingat tak?
Cumanya kali ini berbeza sedikit apabila Kim Tucci mengambil gambar kenangan bersama kelima bayi kembarnya yang masih kecil. Ya mereka masih kecil dan sangat comel sekali. Anda lihat sahaja gambar yang dikongsikan. Bayangkan 50 jari, 50 jari kaki, 6 denyutan jantung semuanya sekaligus, cukup indah sekali.
Untuk pengetahuan anda, kelima bayi Kim Tucci lahir dengan selamat dan sihat, dari kelima bayi kembarnya, seorang bayi lelaki diberi nama Keith manakala empat lagi adalah bayi perempuan dengan nama Ali, Penelope, Tiffany dan Beatrix.
Menurut Kim dan suami, Vaughn Tucci mengaku sangat bahagia dengan kelahiran bayi kembar mereka. Meskipun mereka telah mempunyai dua buah hati yang kini telah berusia 9 dan 4 tahun, namun kehadiran bayi kembar lima telah memberi warna baru dalam keluarga mereka.
Comel kan mereka ini! 🙂