Belum habis dengan koleksi Aidilfitri 2016 rekaan Jovian Mandagie yang berilhamkan si puteri Grace Kelly, kini Jovian mengeluarkan pula siri koleksi sedia dipakai (Ready-To-Wear) untuk melengkapkan sambutan Hari Raya anda tahun ini.
Rekaan yang bertemakan seni warisan batik klasik ini direka khas untuk lelaki dan wanita. Fabrik yang dimanfaatkan untuk koleksi rekaan unik ini adalah termasuk Santana Crepe, Sutera Thai, Barber Chiffon, kain krep bercetak, Satin, Kain Berenda dan pelbagai jenis material Pua Kumbu -pastinya layak memberi sentuhan estetik terhadap setiap satu persalianan yang dihasilkan dengan penuh ketelitian.
Terdiri dari 32 jenis rekaan untuk wnaita dan 20 jenis rekaan untuk si pria, potongan baju kurung moden, baju kurung kedah, kebaya, dress berpotongan ikan duyung, peplum, baju melayu, kemeja batik, kurta dan jubah lelaki dapat dilihat dengan jelas dalam koleksi ini.
Palet warna yang digunakan juga adalah sangat versatile seperti merah hati, hijau, ungu, merah jambu samar, rona-rona tanah serta kuning peach.
Komited untuk mewujudkan suatu kelaianan yang bersahaja, Jovian mahu menghasilkan rekaan yang berkarakter serta mempunyai personaliti tersendiri supaya setiap seorang dari pemakai bisa merasakan aura sensasi yang mampu ditonjolkan secara semula jadi.
Antara perincian lain yang dimainkan ke atas reka bentuk mempersona ciptaan Jovian kali ini adalah dengan menggunakan jahitan sulaman manik berseni, hiasan bunga timbul, permata mutiara separa Swarovski, manik gelas, manik kristal serta beberapa jenis permata bersinar yang lain di samping kemasan renda yang mampu menyalurkan tanda elegen asli.
“Dengan adanya rekaan untuk lelaki dan wanita, semua orang boleh menggayakan koleksi sedia dipakai ini bersama-sama sebagai sebuah keluarga dengan menyuai padankan setiap satu rekaan istimewa untuk sambutan Aidilfitri 2016, jelas Jovian Mandagie selaku Pengarah Kreatif dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama Jovian Mandagie.
Untuk keterangan lanjut, sila layari jovianmandagie.com.