Monday, April 19, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Info Sihat! 5 Jenis Minuman Untuk Kesihatan Dalaman Wanita

by Afiqah Syamin
May 11, 2016
Foto -mirror.co.uk

Foto -mirror.co.uk

12
SHARES
116
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bak kata orang, jika hendak cantik tu, biarlah stabil dari segi luaran dan dalamannya. Ternyata, telah menjadi lumrah seorang wanita, suka atau tidak, dirinya pasti terpengaruh untuk menjaga setiap inci tubuh dan wajahnya. Namun, ramai antara kita hanya peka akan penjagaan kecantikan luaran tanpa mengendahkan apa yang berlaku di dalam. Walhal, kesihatan dalamanlah yang harus diutamakan kerana keadaan dalaman tubuh akan menjadi cerminan kepada kecantikan asli yang terselah secara luaran.

Dunia semakin moden, rata-rata wanita masa kini lebih gemar untuk memilih jalan pintas bagi menyerlahkan kecantikan diri. Kolagen, stemcell, vitamin, serum, dan variasi jenis pil lain sering menjadi topik perbualan hangat kala berkumpul bersama teman-teman sebaya. Masing-masing pulun mengumpul wang, sanggup mengikat perut semata-mata untuk mendapatkan produk kesihatan yang mahal harganya. Ya, itu belum dikira tentang kesan sampingan yang mungkin berbahaya ke atas tubuh wanita.

Gif -Giphy
Gif -Giphy

Mungkin selama ini anda tidak pernah berfikir panjang dalam mengecapi kecantikan yang abadi, tetapi di sini, Wanista ingin menggalakkan supaya anda mengamalkan petua orang dulu-dulu yang sering meminum jus herba buatan sendiri bagi mengekalkan kecantikan dalaman serta luaran. Ianya lebih selamat, bahkan turut menjanjikan hasil keberkesanan berbaloi!

Foto - Pinterest

Cuaca Panas Lit-Lit, 7 Resepi Air Sesuai Minum Sebagai Penghilang Dahaga

February 26, 2021
Foto - Serious Eats

Inilah Kek Comel Perancis Madeleine Dan Cara Membuat

February 25, 2021

Ini dia 5 jenis jus minuman kesihatan yang bisa memantapkan dalaman wanita berserta resepinya:-

#1 Jus Kunyit: Kecutkan Rahim

Foto -wholefoodsexplorer.com
Foto -wholefoodsexplorer.com

Bahan: 

  • 2 ketul kunyit
  • 1/2 ketul halia
  • 2 batang serai
  • 1/2 ketul lengkuas
  • 1/2 ketul temukunci
  • Garam
  • 1 liter air putih

Cara:

  1. Kisar semua bahan sehingga hancur.
  2. Masak bahan yang dikisar bersama air putih selama 40 minit hingga 1 jam.
  3. Amalkan segelas (gelas kecil) setiap hari.

Khasiat: Jus ini sesuai diamalkan oleh ibu yang baru melahirkan kerana ia bisa membantu mengecutkan rahim di samping menggalakkan penghasilan susu badan.

 

#2 Jus Halia: Buang Angin

Foto -boldsky.com
Foto -boldsky.com

Bahan:

  • 2 ketul halia (dihiris)
  • 2 uncang teh asli
  • Gula perang secukup rasa
  • Air putih

Cara:

  1. Rendah uncang teh dalam jag yang berisi air panas sehingga kembang.
  2. Masukkan halia serta gula perang. Kacau sebati supaya semua ramuan mesra.
  3. Amalkan minuman ini dua gelas (gelas kecil) sehari.

Khasiat: Jus halia berupaya membuang angin dalam badan, bantu mengurangkan tekanan serta menjadikan anda lebih tenang.

 

#3 Jus Kurma: Beri Tenaga

IKLAN

Foto -nadialim.com
Foto -nadialim.com

Bahan:

  • 5 biji kurma pilihan
  • Segelas susu segar
  • 1 sudu besar madu

Cara:

  1. Kisar semua bahan ini sehingga campuran kurma hancur. *Campurkan sedikit kekacang jika mahu tekstur rangup yang boleh dikunyah
  2. Minum sehari sekali dan ia akan lebih berkesan jika anda amalkan kala perut sedang kosong. *sebelum sarapan.

Khasiat: Menjadikan tubuh lebih cergas, melembapkan kulit serta dapat menaikkan seri di wajah, di samping memperbanyakkan susu badan si ibu yang baru melahirkan.

 

#4 Jus Delima: Kurangkan Kolestrol

Foto -momjunction.com
Foto -momjunction.com

Bahan:

  • 1/2 sudu teh jus delima
  • 1 sudu besar madu
  • 1 gelas air suam

Cara:

  1. kacau semua bahan ini di dalam gelas sehingga sebati. Amalkan sehari sekali.

Khasiat: Delima diakui sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak juga dapat dikurangkan secara perlahan, malah berfungsi membekalkan vitamin yang bantu memperbaiki kondisi kulit supaya lebih berseri dan cerah.

 

#5 Jus Herba Campuran: Pulihkan Bahagian Intim

Foto -pinterest
Foto -pinterest

Bahan:

  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 7 biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 inci ibu kunyit (ditumbuk)
  • 1 sudu besar madu
  • 1 biji telur ayam kampung

Cara:

  1. Pecahkan telur dalam cawan
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
  3. Selepas itu, masukkan pula madu dan kacau sehingga mesra.
  4. Amalkan minuman ini segelas sehari selama tiga (3) hari berturut-turut terutamanya ibu yang baru melahirkan.

Khasiat: Memanaskan badan, menyumbang tenaga optimum dan memulihkan kecantikan serta kesihatan dalaman wanita.

Gif -giphy
Gif -giphy

Selamat mencuba! Go be beautiful! 🙂

SUMBER

Tags: Amalan TradisionalMinuman KesihatanpetuaRamuan HerbaresepiResepi Air Untuk Kecantikan Dalaman Wanita
Share5SendShare

ARTIKELTERKINI

Dahsyat! Punggung Flawless Sebab Ikut Step Ini Saja

‘Bersihkan’ Kawasan Intim Dengan Lakukan Brazilian Wax Di Sekitar KL

Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.