11street (www.11street.my), antara pasaran atas talian terbesar di Malaysia, hari ini menyiarkan filem pendek sinematik pertama menampilkan Zizan Razak, selebriti dan penghibur tempatan berbakat dan bintang Youtube Malaysia serta penyanyi kesayangan ramai, Elizabeth Tan dalam misi mengujakan tentang pencarian barang-barang yang disukai rakyat Malaysia dengan tema “Whatever It Takes”.
“Filem pendek ini merupakan satu langkah besar ke hadapan kerana ini adalah yang pertama kali buat 11street. Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen kami kepada pelanggan dalam menawarkan kepelbagaian pilihan produk”, kata Hoseok Kim, CEO 11street.
Pengalaman Sinematik Pertama 11street
Filem pendek tersebut menunjukkan kegigihan Zizan dan Elizabeth sebagai seorang yang bersedia untuk menyelusuri apa jua rintangan dalam mencari barangan yang digemari rakyat Malaysia. Zizan akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang mencuit hati, dan sedia bertempur apa jua rintangan demi mencapai matlamatnya.
Untuk menambahkan rasa pengembaraan mengujakan, filem dirakamkan di Bangkok bagi memberikan pemahaman tambahan mengenai plot. Sentuhan kepakaran turut ditambah ke dalam filem pendek ini menggunakan set kemahiran pelakon profesional dan juruvideo. Tambahan pula, “Whatever It Takes” juga merupakan penanda aras untuk kedua-dua, Zizan dan Elizabeth, kerana ini adalah pertama kali duo dinamik ini bekerjasama.
Hasil kreativiti ini telah dibangunkan oleh McCann Erickson Malaysia. Filem pendek berdurasi 3 minit penuh ini akan ditayangkan bermula dari 11 Mei hingga 26 Jun 2016 melalui laman web 11street di www.11street.my dan saluran media sosial rasmi termasuk di YouTube, Facebook dan blog 11street. Versi iklan komersial 30 saat juga akan disiarkan melalui saluran-saluran TV utama di Malaysia dari 1 Jun hingga 30 Jun 2016.
Bersempena pelancaran filem pendek ini, 11street akan memberikan kupon diskaun bernilai lebih dari RM2 juta dimana mekaniknya melibatkan pemilihan pengakhiran yang betul untuk filem pendek dalam laman web termasuk aplikasi telefon pintar yang tersedia untuk pengguna IOS dan Android.