Anda idamkan gaya solekan ala selebriti tetapi tidak tahu bagaimana? Anda boleh cuba cara yang Wanista cadangkan ini. Hanya dengan 5 langkah mudah, anda boleh kecapi solekan wajah yang pastinya mengagumkan.
Sebenarnya, terdapat banyak cara lain dalam melakukan conturing tetapi, teknik ini sesuai buat anda yang baru hendak berjinak-jenak dengan solekan. Bagi anda yang telah pro, mahu ikut cara ini untuk gaya solekan ringkas ke pejabat yang memerlukan anda masa selama tidak sampai 5 minit ini pun boleh juga!
Conturing atau gaya solekan ilusi yang bisa menampakan wajah seseorang lebih tirus dan seolah memiliki tulang pipi tinggi ini pernah menjadi kegilaan ramai kala Kim Kardashian mula-mula tampil di dalam dunia hiburan dahulu. Ramai yang naik hantu, mengimpikan wajah menawan seperti Kim Kardashian. Dengar kata, Kim Kardashian menggunakan lebih dari puluhan jenis produk untuk mendapatkan gaya solekan di atas wajahnya itu. Seriuslah?!
Orang yang mampu, banyak duit, bolehlah menghabiskan sebahagian wang ringgit untuk memiliki pelbagai jenis produk solekan berjenama, tetapi, untuk kita yang serdehana ni?
Ha, sebab itu kita perlu bijak mencari jalan solusi. Yup! Masih ada cara bernas untuk mendapatkan gaya solekan yang “on point”! Jom belajar!
Perkakas Yang Anda Perlukan:
- Span lembut kecil berbentuk segi tiga (boleh dibeli dari daiso)
- Berus bedak asas/foundation
- “Concealer” jenis cecair (pastikan warnanya 2-3 tona lebih cerah dari kulit wajah anda)
- “Bronzer” jenis cecair (pastikan warnya 2-3 tona lebih gelap dari kulit wajah anda)
- Pemerah pipi/blusher, maskara dan gincu pilihan anda
Cara:
#1 Tonjolkan Bentuk Bibir
Di atas wajah yang telah disapukan primer serta bedak asas terlebih dahulu, sapukan highlighter atau boleh juga menggunakan concealer yang warnanya 2-3 tona lebih cerah dari tona kulit wajah anda di tengah-tengah bahagian atas dan bawah bibir anda.
Sapukan dengan rata menggunakan berus bersesuaian sehingga menyerap sepenuhnya ke dalam kulit.
#2 Ukir Bentuk Rahang
Untuk mewujudkan definasi bentuk wajah sempurna, anda boleh lukiskan satu garisan panjang menggunakan concealer sama yang bermula dari sisi lubang telinga hingga ke sisi hujung dagu.
Gunakan span untuk meratakan produk dengan gerakan menuam sehingga produk menyerap dan rapi di atas kulit.
#3 Guna Teknik Bayangan
Muncungkan bibir supaya anda nampak dengan jelas garisan tulang pipi.
Ambil cecair bronzer yang warnanya 2-3 tona lebih gelap dari kulit untuk disapukan sepanjang garisan tulang pipi dari hujung wajah berdekatan dengan telinga hinggalah ke bahagian tengah pipi. Jangan lupa untuk sapukan di bahagian hujung dahi berdekatan garisan anak rambut serta di sepanjang garisan dagu.
Gunakan span untuk meratakan produk dengan gerakan menuam secara perlahan untuk dapatkan hasil sapuan yang rata dan halus.
#4 Tonjolkan Ketajaman Wajah
Langkah yang ini penting, kadang-kala digelar “strobing” iaitu menggunakan highlighter untuk menampakan biasan cahaya ke atas permukaan paling tajam di wajah. Contohnya di batang hidung, tulang kening serta di bahagian atas tulang pipi.
#5 Ratakan Kesemua Garisan
Ratakan kesemia gariasan concealer dan bronzer yang telah anda tetapkan terlebih dahulu tadi menggunakan span.
Mula dari tengah dan tariknya keluar. Jangan berhenti selagi garisan sapuan tidak rata. Jika tidak, solekan anda akan kelihatan bercapuk nanti.
Langkah Terakhir… anda boleh sapukan sedikit pemerah pipi untuk wajah yang kelihatan segar dan berseri! Jangan lupa untuk sapukan sedikit gincu warna neutral pada bibir, maskara dan ukir kening sempurna guna panduan [HELAH SOLEKAN] 5 TEKNIK UKIR KENING CARA PRO! *klik untuk baca artikel
Ringkas kan solekan ini?
Selamat mencuba!
TONTON VIDEO TEKNIK CONTURING DENGAN 5 LANGKAH MUDAH