Sebagai usaha untuk meningkatkan pemahaman tentang teknologi-teknologi baharu yang boleh menarik minat komuniti muda dalam persekitaran pembelajaran kreatif, KidZania Kuala Lumpur telah melancarkan Program KidZ & Tech, bermula dari 28 Mei hingga 12 Jun. Melalui program ini, kanak-kanak boleh menyertai siri bengkel interaktif, lakon peranan bertema dan aktiviti dalam talian untuk menerokai masa hadapan.
Secara asasnya, aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan minat di kalangan kanak-kanak di samping memberi peluang untuk mempelajari tentang dunia di sekeliling mereka dan mempelajari bagaimana sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (science, technology, engineering and mathematics – STEM) akan terus menghasilkan pembaharuan di dunia ini.
Keempat-empat aktiviti utama yang dijalankan oleh rakan-rakan kongsi program ini melibatkan sains dan teknologi menerusi cara berbeza:
- Pengekodan: “Hour of Code” memperkenalkan asas-asas pengekodan dan pemprogaman komputer, menerusi permainan komputer terkenal Minecraft;
- Robotics: Terokai asas-asas kejuruteraan robotik dan pemprograman menerusi WeDo daripada LEGO® Education;
- Realiti Berperantara: “Dinosaurs Come to Life” memberikan gambaran tentang bagaimana teknologi realiti berperantara boleh merangsang pemikiran di masa hadapan;
- Holografi: Melangkah ke dunia unjuran holografi dan belajar menghasilkan piramid tayangan 3D – sebuat alat mudah yang membolehkan anda menonton hologram 3D dan video-video di telefon pintar atau tablet.
Bengkel-bengkel yang telah dijadualkan ini disokong oleh aktiviti-aktiviti dalam talian di www.kidzania.com.my/kidz-and-tech. Menerusi laman tersebut, kanak-kanak boleh mengetahui lebih lanjut tentang individu-individu terkenal dalam teknologi seperti seperti Bill Gates dan John Lasseter dalam bahagian khas “Hall of Tech”; mereka juga boleh menguji pengetahuan mereka dalam teknologi dalam Peraduan Facebook Tech Geek of the Week yang menawarkan hadiah mingguan iaitu Gogel Realiti Maya dan Hadiah Utama iaitu sebuah pen 3D Doodler; dan sebagai tambahan, para penggemar teknologi cilik boleh menjawab beberapa soalan mudah untuk mengetahui siapakah personaliti teknologi mereka!
Jangan lepaskan peluang yang mengujakan ini di Program KidZ & Tech KidZania Kuala Lumpur (28 Mei hingga 12 Jun) – untuk masa terhad, diskaun istimewa bagi tiket biasa turut disediakan, oleh itu layari www.kidzania.com.my untuk maklumat lanjut!