Nak Makan Apa? Ini boleh dikatakan soalan lazim yang sukar malah selalu akan tergantung begitu sahaja.
Sekarang anda tak perlu pening kepala lagi sebab the Curve menawarkan penggemar makanan dengan pelbagai pilihan, yang pasti akan menjawab soalan anda itu. Nikmati kepelbagaiaan sajian, aneka makanan sepanjang 300 kaki di the Street yang semestinya memenuhi cita rasa pengunjung.
Menariknya, The Street terbahagi kepada dua ruang makanan – Asian dan Western, dibuka setiap hari untuk memenuhi selera pelanggan sehingga ke larut malam. Menampilkan pelbagai jenis hidangan makanan dari serata dunia, The Street turut menawarkan suasana tenang dan alunan muzik yang dibawakan oleh penghibur jalanan bagi melengkapi pengalaman menjamu selera anda.
Anda akan berpeluang untuk menikmati pengalaman kulinari yang unik di Franco dengan hidangan-hidangan Perancis dan bahan-bahan segar Jepun, yang menghidupkan suasana makan santai berkonsepkan kafe Perancis.
Selain itu, alami gaya warisan zaman kolonial Inggeris di Tappers Café, lengkap dengan tingkap tirai dan kerusi rotan bagi membangkitkan nostalgia, sesuai dengan menu berilhamkan Hainan-Barat yang pastinya akan memenuhi setiap selera pengunjung.
Nikmati pula burger klasik Amerika yang enak sambil berhibur dengan persembahan bertenaga dari staf Johnny Rockets yang ramah dan ceria dalam suasana restoran klasik Amerika.
Jika inginkan pengalaman baru, lain dari yang lain, anda juga boleh mencuba Red Lobster yang dikenali sebagai salah satu restoran yang terkemuka di Amerika.
Bagi mereka yang ingin beristirehat sambil menikmati hidangan lazat, The Apartment merupakan destinasi yang tepat. Dengan variasi hidangan dari seluruh dunia termasuk pelbagai jenis minuman, restoran ini menawarkan makanan enak bagi pelbagai lapisan masyarakat.
Pencuci mulut yang lazat di PCLO Café akan memenuhi selera bagi hidangan manisan dengan churros Sepanyol yang sesuai dinikmati dengan secawan kopi penuh aromatik.
Lebih daripada 50 cawangan restoran, The Street pastinya akan menggamit anda untuk kembali semula!