Dah bersedia hadapi musim panas yang hebat dengan Adidas? Baru-baru ini, Adidas Originals memperkenalkan 2 lagi model baru untuk menambah siri koleksi keluarga ZX FLUX iaitu ZX FLUX ADV dan ZX FLUX RACER ASYM.
ZX FLUX ADV menampilkan ciri yang lebih kasual dan lebih menonjol. Ia dilengkapi lapisan atas kasut yang bisa menyerap udara untuk kelancaran pengaliran dalam kaki kala menggayakannya.
Terdapat perincian 3 jalur di bahagian sisi kasut untuk, logo Aididas bersulam di bahagian lidah kasut, tumit yang sedikit tinggi, malah disertai tapak EVA untuk keselesaan maksimum yang juga ringan di kaki. Keseluruhan bahagian tapak kasut adalah diperbuat dari material getah tahan lasak.
Manakala ZX FLUX RACER ASYM pula menampilkan reka bentuk yang minimalis dan kemas. Sesuai untuk penggayaan ringkas namun tampak mewah. Ia diterapkan dengan elemen bahagian atas kasut yang reflektif, lapisan dalam yang empuk dan rekaan keseluruhan sepatu yang unik.
Seperti ZX FLUX ADV, ZX FLUX RACER ASYM turut mempunyai tapak EVA iaitu bertindak sebagai penyokong tapak yang ringan. Tumit kasut ini pula adalah berasaskan TPU jernih serta memanfaatkan tapak kasut getah yang memberi impak genggaman terbaik secara menyeluruh,
Kedua-dua rekaan baru dari Adidas ini boleh didapati pada harga ZX FLUX RACER ASYM: RM399 dan ZX FLUX ADV: RM380 di semua Adidas Originals Concept Stores termasuklah cawangan Suria KLCC, Pavilion, Mid Valley, Sunway Pyramid, Times Square, Putra Mall dan secara atas talian di shop.adidas.com.my