REFLECTION adalah koleksi baru untuk kasut, beg dan aksesori yang direka oleh LYN untuk musim bunga/panas 2016.
Menariknya, untuk koleksi ini wanita tidak mempunyai had untuk bergaya kerana LYN membentangkan rekaan yang bersesuaian seperti penggunaan lace, sulaman, tassel dan juga sentuhan logam. Detail yang menarik perhatian di seluruh koleksi ini direka untuk memberi inspirasi dan menggalakkan wanita untuk menjadi sempurna, elegan dan penuh berkeyakinan.
Bukan itu sahaja, membawa dimensi baru kepada tumit chunky, LYN menggabungkan kulit bersama lapisan logam – kombinasi moden sempurna dan bergaya untuk melengkapkan penampilan di musim panas.
Musim bunga/panas 2016 adalah musim yang diilhamkan oleh banyak budaya dan LYN membawa gaya etnik ini ke dalam koleksinya, memilih tumit bersulam dengan tassel ke dalam trend.
Geometri kekal pada trend untuk 2016 dan REFLECTION menggabungkan ini dengan beberapa elemen reka bentuk hiasan termasuk tag logam berkilat, knot bulat dan corak grafik yang melengkapkan bentuk unik koleksi beg LYN pada kali ini.
Untuk info lanjut, anda boleh semak di :-
- Laman web rasmi – www.lynaccs.com,
- Facebook – https://www.facebook.comlynmalaysiaofficial
- Instagram – lyn_malaysia.