Monday, April 19, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

‘Tolong, Bukan Sibuk Rakam Insiden Kecemasan & Viralkan’ – Doktor

by Afiqah Syamin
May 19, 2016
Foto -mstar

Foto -mstar

25
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jangan sibuk hendak rakam insiden kecemasan… baik anda melakukan sesuatu untuk membantu!

Itulah nasihat Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Dalvinder Singh yang baru-baru ini berhadapan insiden di mana pergelangan tangan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tersepit pada eskalator di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). 

Kejadian itu berlaku pada 13 Mei lalu dan ia terus menjadi antara perkongsian viral di media sosial. 

Dobi “Mesra Muslim” Burukan Tanggapan Orang Pada Islam

September 26, 2017

Bakal Jadi Telefon Pintar Paling Mahal, Apple Perkenal iPhone X!

September 13, 2017

Dr Dalvinder merupakan individu yang memberikan pertolongan, selain daripada pekerja selenggara di terminal berkenaan.

Menurut laporan Astroi Awani, Dr Dalvinder menyatakan perasaan terkilan apabila orang ramai yang memerhati insiden berkenaan sibuk dengan peranti masing-masing untuk merakam detik cemas itu.

“Pada mulanya lebih kurang 20 orang berada di sekeliling kanak-kanak itu dan ayahnya. Mereka sibuk merakam video dan tidak melakukan apa-apa.

13/5/2016: PERGELANGAN KANAK2 (L) 2thn CEDERA TERSEPIT ESCALATOR DI Kl International Airport Sepang 8.48 mlm #BOMBA pic.twitter.com/Gb003PDTUK

— BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (@bombaJBPM) May 14, 2016

“Mereka seakan-akan lebih rela untuk melihat ‘drama’ di hadapan mereka apabila kanak-kanak itu menjerit dan ayahnya pula panik ketika menunggu pertolongan,” katanya.

IKLAN

Dr Dalvinder berkata orang awam tidak perlu kemahiran profesional untuk membantu, kerana kemahiran asas sudah mencukupi.

“Pertolongan cemas atau first aid, seperti CPR boleh dipelajari menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah atau atas talian. Kemahiran sebegini akan menjadi sangat berguna ketika waktu kecemasan. Bayangkan jikalau orang tersayang anda memerlukan bantuan.

“Selain itu, anda juga boleh membantu dari segi memastikan ruang yang cukup agar bantuan profesional boleh sampai, memberi air atau membantu menenangkan mangsa. Ini semua merupakan perkara asas.

“Anda mungkin tidak boleh membantu semua orang. Asalkan anda boleh membantu seseorang… ia sudah mencukupi,” katanya.

Selain itu, Dr Dalvider sekali lagi menegaskan bahawa lebih baik untuk individu menggunakan peranti mereka untuk mendapatkan bantuan daripada merakam video. 

Dalam insiden itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sepang menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.48 malam dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian dimana kanak-kanak itu terus dibawa ke klinik berhampiran.

“Saya sendiri tidak sempat untuk bertanyakan nama mangsa atau bapa mangsa.

“Saya difahamkan kanak-kanak itu telahpun melakukan pembedahan di sebuah pusat perubatan. Saya yakin beliau akan beransur pulih dalam masa beberapa bulan ini,” kata Dr Dalvinder. 

SUMBER

Tags: beritaisu semasakanak-kanak cederaKecemasanrakam videoTersepit Tangan Di EscalatorViralkan Video Kecemasan
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

‘Bersihkan’ Kawasan Intim Dengan Lakukan Brazilian Wax Di Sekitar KL

Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C

Kereta Terbalik Tiga Kali, ‘Beauty Guru’ Jeffree Star Kemalangan Teruk

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.