Hadiahkan token apresiasi kepada bapa anda menjelang Hari Bapa ini dengan seleksi pilihan barangan pewter menarik dari Royal Selangor.
Jika anda telah sekian lama buntu dek kerana sukar mencari hadiah pemberian yang bersesuai dengan jiwa lelaki, Royal Selangor menawarkan pelbagai barangan dari hiasan, aksesori, peranti mudah alih, dan juga bekas minuman yang pasti bisa memenuhi keperluan seharian kaum bapa.
Barangan pewter yang direka khas oleh Royal Selangor ini bukan sahaja tanpak mewah, malah diselit dengan beberapa elemen yang berkarakter yang artistik.
Ayuh pilih hadiah yang bertepatan dengan kerjaya dan personaliti bapa kesayangan anda!
Korporat
Jika bapa anda setiap hari pergi ke pejabat dengan sut segak, berkemeja serta berseluar ‘slack’, anda boleh menghadiahkan mereka dengan sepasang kancing pergelangan “cufflinks” yang dilengkapi monogram star wars ini. Yang pasti, demam Star Wars belum berakhir lagi bukan? Cufflinks rekaan Royal Selangor ini pasti ranggi di pergelangan tangan kemeja polos yang disisip kemas.
Pemain Golf
Sukan Golf kini menjadi hobi yang lazim bagi kebanyakkan lelaki, jika bapa anda seorang yang obses dengan sukan hebat ini mahupun baru sahaja berjinak-jinak dengannya, anda boleh menghadiahkannya dengan tag keluli yang bisa menghiasi beg golf miliknya. Jika tidak pun, alat pengudaraan (aerator) berbentuk bola golf serta bertiang bendera genit itu sudah memadai untuk memberi keterujaan kepadanya!
Pencinta Bar
Sudah selalu sangat bapa anda menghabiskan malam-malamnya bersua dengan teman di bar-bar mewah sekitar ibu negara. Jadi apa kata kali ini, anda pengaruhi bapa anda untuk mencipta bar peribadi di rumah agar dia bias menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.
Jika dia gemarkan rasa wain, minuman beralkohol yang mewah dan halus, anda boleh beri dia barangan dari siri koleksi bar Royal Selangor yang sememangnya eksklusif. Gelas tinggi wain yang runcing serta set tumblr whiskey dan botol isisan wain yang diperhalusi perincian logam berukir adalah sangat berkelas!
Si “Old School”
Tidak dinafikan, memang ada jenis lelaki yang gemar meminum teh berbanding kopi. Untuk pengetahuan anda, teh merupakan minuman dan ramuan yang sangat mahal harganya. Aromanya itu bisa menjadi igauan para pencinta minuman enak sehingga ia hanya bisa dimiliki oleh kaum elit sahaja pada zaman dahulu kala terutamanya di sekitar daerah England dan China.
Oleh itu, bagi memelihara rasa, aroma dan kualiti daun teh yang dianggap mewah itu, ia lazimnya disimpan dalam bekas atau balang simpanan istimewa. Istilah “Caddy” sendiri sebenarnya disunting dari perkataan orang melayu iaitu ‘kati’ yang membawa maksud satuan berat tradisional yang sepadan dengan beban berat 6 1/4 ons. Dilitupi dengan permukaan kayu yang pasti juga menarik untuk diletakkan sebagai hiasan sudut rumah, Circa Tea Caddy rekaan Royal Selangor ini adalah sangat lumayan untuk dijadikan hadiah hari bapa, lebih-lebih lagi jika mereka pengemar teh yang tegar!
Pakar Tekno
Alahai, lelaki mana yang tidak gemar bermain dengan peranti, gajet serta alatan yang berteknologi. Peranti mudah dibawa yang menawarkan ruangan simpanan data seperti external hard disk dan pendrive yang disalut dengan logam bertekstur dari Royal Selangor ini adalah pilihan yang paling tepat buat si bapa yang obses dengan barangan tekno terkini.
Apa kurangnya dengan pendrive yang berbentuk kapal perang ikonik “The Millennium Falcon” dari filem Star Wars ini! Memang padan sangat dengan jiwa bapa anda yang… muda remaja!
Jadi, apa anda tunggu lagi? Dapatkan hadiah Hari Bapa 2016 mulai hari ini di butik Royal Selangor seluruh Malaysia mahupun secara atas talian. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.royalselangor.com