Beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan bakal menjelma, selepas itu akan muncul bulan Syawal. Penulis rasa mesti ramai yang dah sibuk memikirkan tentang dekorasi rumah untuk raya nanti. Mesti ada yang dah mula beli kain langsir, ada yang dah mula sibuk melihat perabot baru dan macam-mcam lagi.
Warna mempengaruhi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian manusia. Jika tona-tona terang dipilih sebagai ‘persembahan’ menyatakan rasa gembira, warna kelam seperti kelabu pula menceritakan sebaliknya.
Kelabu secara lumrahnya bukan pilihan ideal dalam kebanyakan situasi. Bahkan tona kesuraman itu juga cukup sinonim dengan ekspresi negatif yang menjarakkan keceriaan!
Boleh dipadankan dengan warna-warna yang tidak dijangka! Selain kombinasi tona-tona kelabu yang menarik apabila dipadankan dengan skema suhu warna yang sama (sejuk atau suam), warna kelabu juga menimbulkan kontras yang unik melalui padanan warna kuning sitrus, oren, ungu, merah jambu terang, putih dan hitam.
1. Menonjol dengan penuh gaya versatil
Selain memenuhi gaya kediaman kontemporari dengan padanan latar belakang tetingkap besi dan kaca, pilihan kelabu kusam juga memenuhi cita rasa desa dengan reka bentuk berunsur kayu dan linen.
2. Warna coklat dan hitam yang biasa dengan tekstil kelabu
Sama ada anda memilih fabrik kelabu sederhana untuk sofa atau kerusi, langsir linen berwarna arang,warna kelabu pada fabrik dan permaidani mampu meletakkan tona untuk ruang yang elegan
3. Padanan kelabu
Untuk meningkatkan penampilan visual dan dimensi yang lebih dinamik, padankan warna-warna terang pada permukaan bertona kelabu. Penggunaan hiasan-hiasan bercorak dominan juga memberi kesan yang hebat!
4. Pelengkap kemasan
Cat separa berkilat adalah pilihan popular sebagai kemasan pada permukaan yang timbul seperti pintu dan kabinet. Selain mudah dibersihkan, ia tidak menjadikannya kelihatan terlalu berkilat. Penggunaan warna arang yang lebih gelap pada dinding yang lebih terang juga mewujudkan titik pandangan sekali gus melegakan ruang.
5. Siling
Dengan pelbagai palet warna yang boleh dipilih, jangan sesekali abaikan kemasan warna pada permukaan siling kerana siling putih terlalu membosankan.
6. Padanan dengan fabrik
Kusyen ‘nubby toss’ dengan warna arang yang padu dipadankan dengan kusyen dengan corak ‘herringbone’ menambahkan dimensi menakjubkan di atas sofa kelabu. Begitu juga flanel kelabu membangkitkan suasana hangat tetapi tenang serta mampu membuatkan bilik tidur utama nampak menakjubkan apabila dipadankan dengan merah jambu yang lembut. Pertimbangkan spektrum warna kelabu sebagai warna yang neutral dan membuka kepada kebarangkalian kesegaran.
7. Tangga kelabu
Walaupun jarang diberi perhatian, penggunaan warna kelabu lembut boleh mencipta ruang yang elegan pada laluan bertangga. Untuk kesan lebih menonjol hiaskan dinding dengan menggunakan gambar berbingkai hitam
8. Tradisional bertemu moden
Penggunaan tema warna kelabu yang dipadankan pada perabot kayu mampu menjadikan ruang berkenaan lebih canggih dan ringkas.
9. Siapa kata kelabu bukan untuk kanak-kanak
Berlatarbelakangkan warna-warna kelabu, calitan warna terang pasti lebih menceriakan suasana bilik kanak-kanak.
Terokai lebih 2,000 tona warna Dulux untuk menterjemahkan inspirasi elegan ke dalam kediaman anda. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Facebook Dulux Malaysia.