Sudah tiba masanya bagi anda dan keluarga duduk bersama untuk menghayati peluang yang ada sementara masih bersama. Bertujuan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan, Nestlé Malaysia melancarkan sejenis ais krim nostalgia yang digemari ramai, ais krim potong yang digelar Nestlé Aiskrim Tradisi ini bisa membawa anda kemabali kepada zaman dahulu!
Terdapat 3 pilihan perisa yang diperkenalkan untuk siri keluaran ais krim potong yang ini termasuklah Kacang Merah serta dua lagi perisa yang belum pernah wujud di pasaran iaitu Sirap Bandung dan Gula Melaka bercampur Santan. “Kesemua pilihan perisa yang dibuat adalah selari dengan permintaan dan kegemaran para pengguna sendiri”, jelas Yit Woon Lai, Pengurus Eksekutif Perniagaan Ais Krim Nestlé.
“Kita mengeluarkan ais krim potong kerana ini adalah kegemaran ramai dan bertujuan untuk menggembalikan keseronokan memori kanak-kanak ketika zaman dahulu sebelum wujudnya ais krim moden yang dimakan menggunakan kon dan sebagainya. Kita orang Malaysia juga sangat menghargai makanan dan minuman tempatan seperti Sirap Bandung dan Gula Melaka yang dicampur dengan santan”, tambahnya.
Amat bertepatan dengan cogan kata yang dipilih ‘Ukir Senyuman dengan Sepotong Kenangan’ diharap bisa membawakan keseronokan berganda terdapat semua individu yang menikmatinya.
Sungguh klasik, Nestlé Aiskrim Tradisi ini pasti berhasil membawa anda ke sebuah duni dahulu kala yang penuh dengan seribu satu kegembiraan!
Anda boleh mula dapatkan ketiga-tiga perisa Nestlé Aiskrim Tradisi di semua pasaraya dan kedai serbaguna yang mempunyai peti simpanan ais krim Nestlé pada harga RM7.90 sekotak yang mengandungi 8 batang ais krim setiap satu. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.nestle.com.my.