Anda pernah melihat kek yang berkilat seperti cermin ni? Mirror Marble Cake kini mula popular di media sosial gara-gara perkongsian oleh seorang pembuat kek Rusia.
Kek ini sangat berbeza dari kek-kek yang pernah anda tengok. Bahagian lapisan luar kek yang berkilat seperti batu marmar ini pasti membuat ramai tak puas tengok dan teringin untuk cuba membuatnya.
Pembuat kek, Olga Noskova, yang berasal dari Rusia secara tiba-tiba menjadi popular selepas berkongsi gambar-gambar kek yang boleh dikatakan teramatlah sempurna ini. Menurutnya, teknik yang digunakan untuk menghasilkan kek ini adalah ‘Mirror Glaze’. Teknik ini berasal dari Perancis dan sebenarnya sudah lama digunakan sejak 30 hingga 40 tahun di dalam dunia kuliner.
Bukan itu sahaja, Mirror Marble Cake ini juga sesuai dibuat hantaran. Iyelah kek atau pemanis mulut penting sebagai penghias majlis, sama ada hantara atau kek perkahwinan, ia haruslah kelihatan cantik dan enak. Tambah bunga segar untuk gaya romantis atau pilih warna-warna terang bagi yang mahu tampil berani dan chic.
Untuk membuat hiasan cermin yang sempurna, ini resepinya.
Bahan-bahan yang digunakan adalah 20g serbuk gelatin, 120g air, 300g glukosa, 300g gula, 150g air, 200g susu pekat manis, 300g coklat (white, milk, dark ataupun gabungan), pewarna makanan.
Langkah-langkah:
- Masukkan gelatin di dalam air
- Rebus glukosa, gula dan air
- Ketepikan dan tambah gelatin
- Masukkan susu pekat manis
- Tuangkan ke atas coklat dan campuran buerre untuk membuang gelembung udara
Gunakan sekurang-35C / 95F.