Siapa yang tidak kenal akan bintang Youtube yang kian bersinar sejak dirinya dinobatkan sebagai Miss Muslimah World pada tahun 2014. Sekali pandang, anda pasti tidak akan tahu bahawa wanita ini sebenarnya seorang yang beragama Islam. Raut wajahnya yang kelihatan seperti orang barat, serta loghat bahasanya yang kedengaran mirip penyanyi Adele itu sedikit-sebanyak mengelirukan tanggapan orang ramai berkenaan status agama pegangannya.
Dina Tokio, yang juga merupakan blogger fesyen, seorang ibu dan isteri ini telah berjaya memikat banyak hati. Dirinya tidak lokek dalam berkongsi panduan-panduan hidup yang berguna, malah tip-tip fesyen bersama para pengikutnya. Bahkan, sejak memenangi gelaran ratu cantik muslimah dunia 2014, dirinya semakin ligat berkecimpung dalam dunia fesyen serta menjadi ikon bagi para hijabista seantero dunia!
Jika anda teruja untuk bergaya seperti Dina Tokio, Wanista sedia berkongsi cara!
#1 Turban
Tidak dinafikan, turban adalah gaya “signature” bagi Dina Tokio! Untuk belajar bagaimana, anda boleh tonton video tutorial ini.
#2 Gaya Tudung Gipsi
Selain turban dan memakai gaya tudung yang diselimpang secara “messy”, kadang-kala wanita jelita ini suka memakai gaya tudung ala-ala gipsi di mana, kesemua bahagian hujung tudungnya ditarik ke satu sisi, dibiarkan jatuh melepasi bahu.
#3 Vest Cardigan
Kardigan adalah sangat jarang dijadikan heleian utama untuk tampil sebagai item fesyen “must-have”, namun Dina bijak menggunakan kardigan tanpa lengan atau “vest cardigan” sebagai helaian fesyen yang mewah dan tampak bergaya.
#4 Sneakers & Kasut Tapak Rata
Tidak seperti kebanyakkan hijabista yang lain, Dina lebih gemar menyarungkan kasut sneakers, kasut yang bertumit rendah berbanding stiletto mahupun platform heels.
Tengoklah tu, Dina ni bila pakai sandal sarung Adidas pun masih nampak kelas!
#5 Kaca Mata Hitam
Seperti Vivy dan fashionista yang lain, Dina tidak pernah keluar rumah tanpa ditemani aksesori kaca mata hitam sebagai pelengkap gaya eksentrik!
#6 Wajib Pakai Anting-Anting
Tak kisahlah, Dina memang tidak pernah lekang dari memakai anting-anting kala menggayakan turban. Tetapi, penulis yakin “hoops earings” jenis ini adalah jenis anting-anting kegemaran Dina Tokio! You rock girl!
#7 Longgar & Selesa
Orang mungkin akan kata fesyen sebegini nampak selekeh, namun apa yang anda patut tahu, memang trend pemakaian masa kini adalah pakaian yang labuh dan longgar. Lagi labuh, lagi longgar, lagilah cantik! Dan sopan juga!
#8 Rantai Halus Berloket
Untuk hari-hari yang kasual, Dina lebih gemar memadankan pakaian santainya yang minimalis dan polos dengan pemakaian “dainty necklace” atau rantai bertali halus yang memiliki loket genit untuk memberi sedikit impak modis kepada gayanya.
#9 Baju Bercorak
Dina memang pandai dan kreatif memadankan corak-corak etnik ke dalam gaya pemakaian harian. Meskipun ramai orang yang selalu runsing dan ragu-ragu untuk memakai baju bercorak kerana takut dilihat ‘over’. Namun Dina berani untuk menyarungkan pakaian yang sarat sebegitu. Unik bukan? Nampak okay jeee
#10 Suai Padan!
Penulis rasa, kalau anda yang berpakaian begini pasti anda malu untuk keluar rumah kan? TOO MUCH GOING ON?Tetapi bagi Dina, dirinya masih kelihatan cantik meskipun memakai lebih dari satu corak di atas badan. Psst! Sebenarnya, jika anda berkeyakinan menggayakan sesuatu, ianya pasti nampak menarik di mata orang. Yang penting adalah “confident” diri tu 🙂
#11 Helaian “Tunic”
Tunic adalah sejenis blaus yang lazimnya mempunyai potongan panjang sehingga paras lutut. Boleh dikatakan, Dina sedikit obses dengan pakaian yang labuh-labuh begini. Jadi, tidak adalah kelihatan terlalu seksi meskipun mengenakan celana jenis ketat sekalipun.
“Leggings” atau “skinny pants” sebenarnya lebih cantik dan sopan jika dipadankan bersama tunic seperti yang digayakan oleh Dina. Adore sangat!
#12 Aura Etnik!
Seperti minatnya yang mendalam terhadap pakaian yang bercorak sarat, Dina juga sebenarnya obses akan corak-corak yang berbentuk etnik atau lebih dikenali sebagai “aztec”.
#13 Bulu Mata Mesti Lentik!
Biarlah solekan ringkas sekalipun, asalkan bulu mata maintain melentik!
#13 Dress Ala-Ala Puteri
Di waktu lain, ketika menghadiri acara-acara glamor bagi memenuhi undangan, Dina pasti menonjolkan aura feminin yang sejati iaitu dengan menyarungkan dress labuh berpotongan kembang untuk kelihatan elegen.
Tip Bonus!
Skarf adalah peneman gaya sejati pilihan Dina Tokio!
Dina selesa memakai skarf yang bercorak di leher. Agak-agak jika anda mahu memakai turban tetapi tidak mempunyai baju yang berleher tinggi (turtle neck), boleh juga anda menggunakan skarf untuk membalut keliling leher.
Selamat bergaya ala Dina Tokio semuanya!