Seorang lelaki yang berbogel dan memasuki kandang singa di sebuah zoo di Chile terselamat, tetapi dua haiwan berkenaan mati ditembak.
Pihak berkuasa di sini mengesahkan dua singa itu ditembak mati selepas mereka membaham lelaki berusia 20 tahun itu yang menceroboh masuk ke kandang berkenaan, kelmarin.
Lelaki itu, Franco Luis Ferrada Roman dibawa ke hospital berhampiran untuk dirawat dan dilapor dalam keadaan tenat.
Dia memasuki kandang itu dengan menanggalkan pakaian.
Sebaik berada di dalam, singa berkenaan serta-merta menerkamnya dan mula ‘bermain’ dengan lelaki itu.
Difahamkan, ketika insiden berlaku, ramai pengujung yang berkumpul bagi menyaksikan kejadian. Ternyata, mangsa memang sengaja mahu menarik perhatian singa tersebut.
Pengarah zoo berkata, dirinya begitu terkesan dengan kematian dua ekor singa yang terdiri dari seekor singa betina dan seekor jantan. Walau bagaimanapun, mengikut protokol, kami faham yang nyawa seorang manusia itu lebih penting. Hanya dengan menembak singa berkenaan sahaja boleh menghentikan singa tersebut dari terus merobek dan membaham badan lelaki itu.
Kata seorang saksi, Cynthia Vasquez memberitahu stesen radio Bio Bio, pihak pengawal keselamatan lambat bertindak malah singa tersebut tidak terus menyerang mangsa, bahkan ia sempat bermain-main dengan mangsa sebelum bertindak lebih ganas.
Saksi lain yang turut melihat kejadian itu berkata, “Lelaki berkenaan menjerit, menyebut sesuatu berkenaan “Jesus”.
Menurut laporan itu lagi, nota bunuh diri yang dijumpai dalam pakaian lelaki berkenaan menyatakan potongan kiasan yang ada kena mengena dengan hari kiamat.
Mangsa, Ferrada Roman dikatakan telah semakin stabil pada petang Sabtu lalu. Doktor yang merawatnya juga berkata, “Sebenarnya degupan jantung Ferrada Roman hampir berhenti. Namun, beliau hanya mengalami beberapa kecederaan dan trauma di kepala dan bahagian pelvis”.