Anda dah lihat kasut baharu Nike, inspirasi kopi Starbucks?
Jenama pakaian sukan popular Nike melancarkan kasut yang diinspirasikan oleh Starbucks. Menurut laporan Adweek, ini bukan kolaborasi rasmi antara kedua-dua jenama namun beberapa gambar untuk mempromosikan kasut ini menggunakan cawan Starbucks sebagai prop.
Malah, kasut yang diberi nama Nike SB Dunk Low berwarna chocolate mocha dan hijau, dan mempunyai corak mirip campuran kopi dan susu.
Ia dijual di kedai atas talian Premier pada harga AS$100 (RM411.84). Ini bukan kasut Nike yang pertama yang diilhamkan oleh jenama kafe terkenal.
Sebelum ini, Nike pernah berkolaborasi secara rasmi dengan Krispy Kreme untuk menghasilkan kasut yang mempunyai corak donut.
Walaubagaimanapun, kolaborasi menerima pelbagai feeback, ada yang berminat namun ada juga yang anggap ianya pelik.
Anda rasa macam mana? Nak beli atau tidak?
https://twitter.com/erickend/status/734937933128556545?ref_src=twsrc%5Etfw
https://twitter.com/toolazytopause/status/734799875666259968?ref_src=twsrc%5Etfw
https://twitter.com/raslotkin/status/734825251872362497?ref_src=twsrc%5Etfw