Swarovski begitu sinonim dengan istilah glamor serta kilauan butiran kristal menawan. Baru-baru ini, untuk menghangatkan lagi gemerlapan jenama itu, model jelita Karlie Kloss telah dipilih untuk menjadi wajah baru produknya.
Pengarah Kreatif, Nathalie Colin berkata “kami begitu teruja dengan kehadiran Karlie Kloss sebagai ahli keluarga baru Swarovski. Kejelitaannya serta sifat dirinya yang kelihatan begitu bersemangat, sentiasa positif, elegen sert berkeyakinan membuat dia adalah individu yang tepat bagi berada di tempat paling atas kemegahan jenama kami iaitu sebagai duta Swarovski.
Karlie Kloss bukan sekadar model yang hanya menjaja muka untuk jenama-jenama berprestij malah dirinya juga begitu intuitif, bijak kerana menjalankan program biasiswa Kode with Karlie bersama sebuah badan pendidikan untuk bantu menaja program pendidikan dalam bidang Kejuruteraan Perisian. Selian itu Karlie juga mempunyai saluran Youtube dikenali dengan nama Klossy serta seorang ahli perniagaan untuk jenama peribadinya Karlie’s Kookies: Kloss.
https://www.youtube.com/watch?v=vLxP6UrFxSI
Untuk membuka lembaran baru ini bersama, Karlie dan Swarovski telah bekerjasama menghasilkan video yang belatarkan konsep santai di mana Karlie belajar menyebit perkataan Swarovski dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Apa yang pasti, Karli akan membawa suatu pembaharuan dengan membawakan karya seni rekaan Swarovski yang bergaya dan kontemporari ke senatero dunia dengan cara yang paling sensasi sepanjang musim luruh/sejuk 2016 ini.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.swarovski.com