Tiada apa yang dapat menandingi kenikmatan dan rasa segar dari sebatang aiskrim walaupun pada cuaca panas. Dengan menikmati King’s Potong, kita dapat mengimbau kembali saat kegembiraan di mana kita duduk dan berbual bersama keluarga di samping mendengar gelak ketawa dari mereka sambil menikmati aiskrim potong di petang hari.
Walaupun kini kita diberi pelbagai pilihan pencuci mulut, ada kalanya kita juga teringin menikmati semula sebatang aiskrim ‘Potong’ kerana ianya mampu membawa balik kenangan manis kepada kita.
Menerusi penyelidikan yang telah dilakukan oleh King’s, maka munculah aiskrim yang berperisa kelapa – iaitu daripada air kelapa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan dari situ King’s telah mengeluarkan aiskrim yang berperisa kelapa sebenar.
Diperbuat daripada 100% santan kelapa Thai bersama cebisan isinya, King’s Potong Kelapa ini ibarat buah kelapa asli yang begitu segar sekali kerana santan kelapa ini diimport sepenuhnya dari Thailand serta menggunakan bahan yang paling segar. Rasa krimnya yang lembut dan enak sememangnya dapat menarik hati semua penggemar kelapa di luar sana.
Adanya King’s Potong Kelapa keluaran terbaru ini, ia pasti dapat memenuhi selera terutamanya bagi mereka yang mempunyai cita rasa tinggi kerana ianya bebas daripada sebarang perisa tiruan.
Pek pelbagai King’s Potong (6x60ml) akan dijual pada harga RM 9.30 sekotak dan RM1.60 (60ml) sebatang (termasuk GST), dan ia boleh didapati di semua pasaraya-pasaraya utama mulai 1 Mei ini.