Terkenal dengan rangkaian produk kecantikan lengkap yang membiaskan aura glamor ke dalam gaya solekan harian, jenama yang berasal dari Perancis, L’Oréal Paris Makeup Designer kini sangat komited untuk membantu para wanita biasa mentransformasikan diri mereka untuk menjadi luar biasa.
Setiap satu hasil inovasinya diperkaya dengan formulasi magis, unik sekaligus mampu menyerlahkan sifat kewanitaan yang pelbagai melalui semangat dan perincian keanggunan, disunting langsung dari bumi Paris.
Dengan adanya rangkaian baharu L’Oréal Paris Makeup Designer ini, L’Oréal buat julung kalinya ingin mendorong anak gadis dan wanita dari seluruh pelusuk dunia untuk mencipta gaya solekan mereka sendiri menggunakan variasi warna, gabungan tekstur serta alat solek dari siri istimewa ini berdasarkan tiga falsafah utama yang memfokuskan Face Architect (Penataan Wajah) , Eye Artistry (Seni Rias Mata) dan Color Obsession (Olesan Bibir).
Seperti yang pakar solekan selalu tekankan, kulit wajah yang sihat dan mulus adalah kunci untuk mendapatkan hasil solekan yang pastinya sempurna. Kulit wajah bagaikan kanvas untuk seseorang bereksperimentasi dengan sapuan warna “malar”. Oleh itu, tidak hairanlah jika L’Oréal begitu bijak untuk mewujudkan beberapa siri produk unggul seperti True Match Genius Two Way Cake (RM59.90) dan Lucent Magique Cushion Blush (RM49.90) untuk menaikkan seri wajah yang polos agar solekan tersebut kelihatan seolah mendapat suntingan perisian Photoshop -halus, licin serta menawan tanpa cela.
Kata orang, dari matalah turunnya ke hati. Eye Artistry adalah salah satu falsafah yang diketengahkan oleh L’Oréal bagi menanam karakter bernyawa ke dalam mata seseorang. Solekan mata memainkan peranan yang penting untuk membangkitkan kecantikan seseorang. Sugguh mistikal, False Lash Superstar (RM58.90), Superstar Liner Impact Felt Liner (RM38.90) dan Color Riche La Palette Nude (RM89.90) adalah mudah untuk digunakan dengan hanya berpandukan beberapa langkah.
Manakala bibir adalah daya penarik sensual yang harus dioleskan dengan rona-rona menarik, mengikut kesesuaian tema dan majlis yang bakal dihadiri. L’Oréal menawarkan siri gincu baharu yang lebih bermanfaat, bukan sahaja membuatkan bibir kelihatan mungil dan manis, malah bertindak mengunci kelembapan berpanjangan ke atas bibir. Ini adalah termasuk Glam Shine Blam (RM23.90) serta CC Balm Genius (RM 23.90). Untuk kelihatan lebih berkeyakinan, oleskan bibir anda dengan warna gincu yang menonjol seperti merah dan oren untuk berlagak seperti wanita Paris klasik!
Dalam pada itu, buat julung kalinya L’Oréal menghadiahkan sebuah aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma ke dalam telefon pintar mahupun tablet untuk digunakan sebagai bahan rujukan solekan. Aplikasi yang digelar Makeup Genius ini membolehkan pengguna mencipta gaya solekan mereka yang tersendiri mahupun memakai gaya solekan yang telah ditetapkan oleh jurumekap L’Oréal Paris.
Dengan hanya melakukan sentuhan ringkas ke atas paparan telefon pintar mahupun tablet, Makeup Genius bertindak sebagai cermin yang memperlihatkan diri anda seolah memakai solekan dari rangkaian L’Oréal Paris secara realistik.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lorealparis.com.my