Shopee adalah salah sebuah pasaran alam maya yang direka khas untuk memenuhi keperluan para pelanggan serta penjual yang terlibat dalam aktiviti jual beli secara atas talian untuk menikmati transaksi yang lebih lancar, mudah dan selamat.
Pelbagai jenis barangan yang ada dijual di Shopee. Dari keperluan peribadi, item fesyen, rangkaian kecantikan dan kesihatan, variasi makanan sehinggalah kepada gajet dan barangan elektronik. Yup! Semuanya ada di Shopee!
Jika anda kesuntukkan masa, lantas perlu meninggalkan negara bagi memenuhi tentatif kerja yang sibuk dengan segera atau mahu berdampingan dengan keluarga sambil berlibur, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari masa ke kedai membeli keperluan peribadi! Dengan menggunakan telefon pintar, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi Shopee bagi membeli barangan keperluan yang anda butuhkan.
Ini antara 5 item cadangan Wanista yang mungkin anda perlukan kala berlibur:-
#1 Wunderbutter Body Souffle
Sesuai untuk kegunaan mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Krim yang mempunyai tekstur selembut awan ini akan membekalkan lembapan optimum pada kulit anda, lebih-lebih lagi jika terpaksa melalui jam penerbangan yang lama mahupun tatkala pergi melawat negara-negara yang sejuk seumpamanya.
Bahkan, krim magis ini ditempatkan dalam bekas tin yang mudah dibawa. Tampak eksklusif dan ranggi!
Saat ia mula disapu ke permukaan kulit penulis, krim tersebut terasa sedikit melekit dan berminyak, namun pengguna harus terus meratakannya secara menyeluruh sehingga kesemuanya menyerap dengan rapi. Baunya juga adalah berdasarkan nota bau-bauan segar seperti herba dan tumbuhan memandangkan ramuan utama Wunderbutter Body Souffle ini adalah terdiri dari minyak pati tumbuhan herba serba bunga-bungaan segar.
#2 Krim Tangan Tony Moly
Tony Moly adalah salah satu jenama produk kecantikan Korea yang menjadi kegilaan ramai. Krim Tangan Tony Molly yang beroma buah Peach ini tersangatlah nyaman. Cecair krim berkenaan juga mudah menyerap ke dalam kulit tanpa rasa melekit mahupun berminyak.
Selain bekasnya yang comel -berbentuk buah Peach dan mudah untuk disimpan dalam tas tangan harian, krim tangan ini turut mengandungi bahan aktif yang bisa mengurangkan kedutan serta garis halus pada tangan. Sapukan krim tangan beraroma ini pada tangan anda supaya kulit kekal lembut, tegang dan lembap.
#3 Mask House Diamond V Fit Mask
Anda mengimpikan bentuk muka yang lebih runcing? Dan dalam masa yang sama lebih berpuas hati jika melakukannya sendiri di rumah tanpa perlu mengeluarkan ongkos yang banyak mendapatkan rawatan muka intensif di spa dan klinik?
Ini dia Diamond V Fit Mask keluaran Mask House. Inovasi Korea ini menjadi antara item kecantikan yang harus dipunyai oleh semua! Hebatnya, ia bisa mengecilkan saiz rahang anda dalam masa beberapa jam sehingga berkurang sebanyak 1cm!
Sambil-sambil bersandar di dalam kapal terbang sementara sampai ke destinasi yang dituju, anda boleh memakai mask istimewa ini. Dalam sekelip mata, anda pasti berpuas hati dengna hasilnya. Material getah yang melekap pada keseluruhan bahagian dagu dan pipi juga adalah lembut, mencengkam wajah dengan selesa tanpa meninggalkan kesan sakit.
Setiap kotak hadir bersama satu getah pelangsing wajah yang disertai bersama 5 keping masker dagu.
Meskipun segala tulisan arahan dan penjelasan produk ditulis menggunakan Bahasa Korea, namun, ia masih dilengkapi rajah langkah penggunaan yang berwarna, memudahkan lagi si pemakai yang tidak mahir berbahasa Korea untuk menggunakannya dengan betul.
#4 Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Day Cream
Setelah sekian lama berada di atas pesawat pasti membuatkan wajah anda kelihatan lesu dan kusam. Oleh itu, sapukan krim pencerah harian yang bisa membuatkan tona kulit wajah anda sekata, tampak berkilat dan bermaya.
Warna krim ini seakan-akan warna kulit membuatkan ia mudah sebati dengan tona kulit asli seseorang. Malah, apa yang menarik hati penulis adalah, tekstur krim ini sangat ringan seperti konsistensi air yang sejuk, menyerap jauh ke dasar kulit.
Bau yang dihasilkan krim ini juga tidak menjengkilkan seperti kebanyakkan krim wajah yang lain. Bau harumnya seperti disunting dari bau-bauan tumbuhan segar, terasa nyaman kala disapu ke atas kulit wajah.
Kandungan seperti “licorice” dan damar putih pula berfungsi sebagai penawar untuk merawat pigmentasi, tompok hitam, memudarkan parut sert membekalkan nutrien antioksida yang diperlukan oleh wajah.
#5 Wunderbath Kuih Muih Soap
Satu lagi produk yang bersaiz genit dari jenama Wunderbath ini pasti menarik perhatian anda!
Biskut Samprit dan Kuih Talam menjadi reka bentuk yang sangat unik untuk sabun beras buatan tangan ini. Mudah untuk diselit di dalam poket bagasi pakaian, ia juga boleh dijadikan buah tangan atau cendera hati untuk diberikan kepada kenalan baru anda sebaik tiba di destinasi nanti.
Si dia pasti gembira melihat sabun yang berbentuk kuih-muih orang Melayu ini. Tetapi, jangan lupa untuk mengingatkan kawan anda itu supaya tidak memakan sabun berkenaan kerana bentuk kuih tersebut sememangnya sangat realistik! Menyelerakan sungguh! 🙂
Untuk mendapatkan kesemua keperluan ini, anda bolehlah berkunjung ke laman aplikasi Shopee! Membelilah secara berhemah kerana Shopee ada segalanya! Malah kebanyakkan barangan berjenama yang ditawarkan di Shopee dijual pada harga berpatutan. Untuk maklumat lanjut, sila layari shopee.com.my/web
Selamat membeli-belah!