Bayangkan dengan cuaca yang terik, kulit akan semakin mudah berpeluh dan berminyak. Produk apa sahaja yang dapat melindungi dan mencantikkan tanpa memberi kesan buruk?
Sila nikmati Petitgrain Reviving Body Gel terbaharu dari Aesop, gel penyejukan yang mampu menyerap pantas untuk menyegarkan dan menenangkan kulit. Ditambah lagi dengan Protective Body Lotion SPF50 yang digunakan sebelum terdedah kepada matahari untuk hasil yang lebih baik.
Petitgrain Reviving Body Gel
Dipertingkat dengan Aloe Vera dan Panthenol untuk melembut dan menenangkan, dan eksktrak Petitgrain, Grapefruit dan Lemon untuk menyejukkan, Petitgrain Reviving Body Gel adalah ideal untuk digunakan selepas terdedah kepada cahaya matahari, sama ada dalam iklim panas atau lembap dan sepanjang musim panas.
Body Gel ini meningkatkan khasiat tambahan untuk menenang dan mengimbangi kulit. Dipertingkatkan dengan aroma sitrus yang unik sesuai untuk kedua unisex. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk kesan penyejukan dan penyegaran.
Semasa musim panas, Aesop menasihatkan penggunaan pantas produk ini selepas pendedahan kepada matahari, sebelum pendedahan, Aesop mengesyorkan penggunaan produk ringan iaitu Protective Body Lotion SPF50. Pada bulan-bulan sejuk, gel ini boleh dicampur dengan minyak rawatan Breathless untuk rangsangan penghidratan intensif.
Petitgrain Reviving Body Gel boleh didapati di butik Clarins sendiri, stokis terpilih, kaunter kecantikan ataupun secara atas talian dengan harga runcit RM135 150ml.
Protective Body Lotion SPF50
Menyediakan sehingga empat jam rintangan air dan sesuai untuk kebanyakan jenis kulit, Protective Body Lotion SPF50 mengandungi penapis kimia dengan kesan perlindungan spektrum yang luas dari kerosakan UVA dan UVB, dilengkapi dengan Vitamin E untuk kulit khasiat.
Silika, mineral semulajadi, menyerap minyak berlebihan untuk meninggalkan kulit rasa lembut dan licin. Minyak pati Spearmint dan Lemon memberikan aroma yang tersendiri dan menyenangkan.
Untuk menggunakan Body Lotion, sapu ke kulit dan urut seketika lema belas sebelum terdedah kepada matahari. Untuk mengekalkan perlindungan, aplikasi setiap empat jam dan selepas berpeluh dan berenang.
Protective Body Lotion SPF50 boleh didapati dari butik Aesop dan secara atas talian dari 24 Februari 2015 dengan harga RM127.
Menariknya body lotion dan body gel ini mampu melindungi, melembut dan menenangkan kulit anda ketika musim panas ini, sesuai sangat dengan cuaca dekat Malaysia yang tak menentu.