Musim ini, Oroton bertindak mengolah semula rekaan yang klasik dengan menyelitkan elemen keseronokkan.
The Estate Tote sememangnya menyerlahkan lagi konsep yang cuba diketengahkan oleh Oroton dalam menawarkan kualiti serta gaya versatile sekaligus, menjadikan siri koleksi beg ini sebagai edisi terhad.
Beg jenis tote yang boleh disangkut pada bahu mahupun dijinjing ringkas ini dihadirkan dalam tiga warna pilihan yang berasaskan rona putih polos, hitam dan biru gelap. Tidak dinafikan, meskipun gaya beg tangan ini kelihatan biasa, namun ia mudah untuk dipadankan dengan variasi gaya sehari-hari.
Selain warna, tulisan yang menyatakan ayat “I Love Sydney”, I Love Melbourne” dan “I Love Australia” turut memainkan peranan dalam memaparkan seni warisan bumi Kanggaro serta berfungsi untuk menyampaikan rasa bangganya kepada para pengguna kerana Oroton adalah salah satu jenama fesyen Australia yang megah di mata dunia.
Bentuk hati berwarna merah yang dicetak pada pada permukaan beg dan yang disangkut pada rantai hiasan yang disangkut pada tali pemegang secara tidak langsung menjadi sisi utama beg yang pastinya sangat bermakna jika dijadikan buah tangan atau hadiah istimewa kepada yang tersayang.
Diperbuat dengan sifat ketukangan yang mahsyur, gabungan material kulit Saffiano dan kulit Vachetta menyerlahkan lagi kemewahan jenama Oroton.
“Direka khas untuk para pengumpul beg eksentrik, kemunculan The Estate Tote untuk koleksi Oroton musim ini juga bertujuan melengkapkan gaya para wanita yang mementingkan versatiliti, keseronokkan serta kepelbagaian fungsi, kerana OROTON SAYANG SEMUA!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.oroton.com