Seperti slogan mereka “Lebih Dari Penjagaan Tulang Belakang”, Vono yang merupakan peneraju utama tilam penjagaan tulang belakang baru-baru ini telah melancarkan ErgoBed Blue siri terbaru yang menampilkan perlindungan tulang belakang, bersama-sama dengan bilik pameran mudah alih mereka, The Vono Blue Truck, yang akan mengelilingi sekitar pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang dari Mei hingga Ogos 2016.
Tilam Vono ErgoBed Blue dicipta oleh pakar ergonomi dan disahkan oleh AEH (Pusat Ergonomis di Switzerland), menggabungkan penyelidikan dan teknologi terkini yang mengutamakan 7 zon utama untuk memberi sokongan ideal kepada 7 zon badan. Dengan kemunculan Sistem Intalok ini memberikan dua kali ganda spring yang mempunyai dua lapisan lateks yang berkualiti tinggi, Vono adalah jenama yang boleh anda percayai untuk penjagaan tulang belakang yang lebih baik.
Disasarkan kepada golongan profesional bandar yang menikmati produk pelbagai fungsi, ErgoBed Blue menentang konvensyen dengan reka bentuk yang menarik dari segi estetik dan kelihatan cantik walaupun dengan sendiri, tanpa cadar.
Ketiga-tiga model siri ErgoBed Blue keluaran Vono ini menampilkan Pocketed Intalok 1200 Springing System yang merupakan dawai keluli tegangan tinggi, yang melalui mesin gegelung khas dan ditenun dalam corak yang saling interlock untuk sokongan badan yang teguh dan mampu menyerap pergerakan badan untuk tidur tanpa gangguan. Rekabentuk ergonomik dengan 7 zon dan Lateks memberi sokongan ideal kepada 7 zon badan. Penggunaan fabrik SaniGuardTM yang dibina oleh bahan tidak berbahaya, Zink Pyrithione, dirumus untuk menghalang pembiakan debu hama dan alahan untuk tidur yang selesa dan bersih.
Dalam siri ErgoBed Blue terbaru ini, Ergo Accent II merupakan tilam yang lebih mantap dengan ketebalan 12.5 inci. Manakala ErgoBed Comfort 1 adalah tilam yang sederhana mantap dengan ketebalan 11 inci dengan perca ala bahagian bantal yang mewah. ErgoBed Comfort 2 pula mempunyai 12 inci ketebalan yang sederhana mantap dengan perca ala bahagian bantal yang mewah yang serupa seperti ErgoBed Comfort 1, ditambah dengan bahagian atas iaitu lapisan tambahan Euro Top yang mencipta keselesaan kusyen untuk tidur yang nyaman.
The Vono Blue Truck adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia, akan berjalan selama tiga bulan bermula 27 Mei 2016 ke 21 Ogos 2016 ke pelbagai lokasi di seluruh Lembah Klang. Untuk info lanjut, boleh semak di Facebook Vono Mattress Malaysia.
ErgoBed Blue kini boleh didapati dalam saiz Single, Super Single, Queen dan King. Harga pasaran bermula dari RM1199 sehingga RM2799.