SKY 360° e.City Hotel yang terletak di One City menawarkan pakej berbuka puasa sempena Ramadhan 2016 yang digelar Buka Selera Buffet.
Bertempat di atap bumbung e.City Hotel, SKY 360° bakal membawa anda kesatu alam yang lebih menyeronokkan kerana sambil menjamu selera, anda sebenarnya boleh melihat pemandangan yang indah bertemankan cahaya langit malam yang dikelilingi pemandangan sekitar Lembah Klang.
Kesemua himpunan lauk-pauk serta hidangan istimewa untuk Buka Selera Buffet disediakan segar 100% dengan kepakaran serta ketelitian para tukang masak yang berpegalaman dalam bidang memasak serta hospitaliti.
Khas untuk para tetamu yang membeli pakej berbuka puasa eksklusif ini, dari hidangan pembuka selera yang berbentuk aneka salad, sup ekor berempah, keropok lekor, pasembor penang sehinggalah kepada makanan perayaan kegemaran seperti lemang, serunding ayam, serunding daging dan kuah kacang istimewa pasti melengkapkan lagi aura keterujaan Ramadhan.
Sepanjang meja buffet pula, terhidang megah pilihan makanan enak seperti Ayam Percik yang ditabur dengan kepingan Kacang Almond, Kurma Daging bersama Kentang, Sambal Sotong Petai, Kaki Kambing Panggang, Asam Pedas Ikan Pari, Kentang Marsala serta Udang Goreng Kacang Buncis.
Bukan itu sahaja, hidangan ala Cina turut diperkenalkan antaranya Pan Mee, Char Kuew Teow dan Nasi Ayam Hainan. Tidak ketinggalan ruangan yang menyediakan Teppanyaki , Pizza dan Pasta pun ada juga!
Di bahagian luar ruang makanan utama, anda boleh menikmati makanan yang berasaskan masakan Barbeque seperti Daging Bakar, Ikan Cencaru Kelapa, Ikan Pari Bakar, Ikan Tilipia Bakar, Udang percik, Ketam Bunga Bakar dan Aneka Sate.
Selepas makan, jangan lupa nikmati pencuci mulut yang terdiri dari pelbagai manisan menyelerakan seperti Ais Krim, Kuih-Muih Melayu, Kek Keju Beri Biru, Tart Nanas, Creme Caramel, Tart Buah-Buahan Campuran dan banyak lagi!
Akhir sekali, legakan dahaga dengan Jus Kurma, Jus Tebu, Air Cincau, Sirap mahupun minuman panas Kopi, Teh dan Teh Tarik.
Harga yang ditawarkan adalah RM128 seorang. Anda boleh mula menikmati pakej Buka Selera Buffet anjuran SKY 360° dari 6 Jun sehingga 5 Julai 2016. Bagi setiap pembelian pakej untuk 10 orang dewasa, seorang individu yang seterusnya boleh makan secara percuma.
Kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun serta warga emas yang berumur 60 tahun ke atas layak menerima diskaun sebanyak 50% dan percuma untuk kanak-kanak bawah 3 tahun.
Untuk maklumat lanjut serta tempahan, sila hubungi 03-51159887 atau email kepada sky360@miceonecity.com.