Apa yang ‘normal’ apabila kita bincangkan tentang topik payudara?
Penulis faham, ramai di antara kita malu dan berasa tidak selesa untuk membuka cerita tentang perihal yang sepatutnya disimpan sendiri ini.
Untuk pengetahuan anda, setiap wanita dilahirkan dengan sepasang payudara yang unik dari segi saiz, bentuk, berat, warna puting dan banyak lagi.
Kadang-kala, kita perasan bahawa terdapat perubahan yang pelik -tidak kiralah pada permukaan mahupun dari segi bentuk fizikal payudara itu sendiri. Kita khuatir yang kita ini mungkin menghidap penyakit yang ganjil, tetapi ingin penulis ingatkan, sebenarnya apa yang anda anggap pelik itu adalah normal bagi semua wanita.
Untuk lebih pencerahan, jom kita berkongsi ilmu…
#1 Puting Tenggelam
Jangan risau andai kata anda memiliki puting payudara yang tenggelam ke sebelah dalam. Ianya adalah normal.
Meskipun sifat payudara yang sebegini jarang ditemui dalam kalangan wanita, sebenarnya lebih 10% wanita di seluruh dunia mempunyai sifat payudara yang sebegini.
Yup! Ia bukanlah petanda bahawa anda itu menghidap sebarang penyakit kronik mahupun tidak normal seperti wanita-wanita yang lain. Malah hal ini ada kaitannya dengan perubahan hormon saat anda mula-mula masuk ke alam akil baligh dahulu.
Anda mungkin menghadapi kesukaran ketika mahu menyusukan bayi anda tetapi percayalah, tiada masalah serius tetang payudara anda itu. Bukan anda seorang sahaja yang begitu okay? Relaks kerana anda seorang wanita yang unik! 🙂
#2 Rambut Halus Sekitar Puting
Hmm… janganlah cepat panik! Sekurang-kurangnya, 30% dari wanita di dunia ini ditumbuhi rambut-rambut halus di sekitar payudara mereka.
Mungkin tidak ramai wanita yang menghadapi masalah ini, namun ia bukanlah petanda kepada sebarang penyakit. Lebihan rambut yang tumbuh pada payudara ini adalah berpunca dari sejenis sindrom yang digelar “Polycystic Ovarian”.
Jika anda kurang pasti dan masih berasa bingung dengan keadaan fizikal anda, dapatkan nasihat daripada doktor supaya minda anda kembali tenang.
#3 Bonggolan
Yang ni paling menakutkan! Tetapi bukan semua jenis bonggolan yang muncul pada permukaan payudara mahupun di dalam tisu payudara adalah penyebab kanser tahu?
Jadi, rajin-ranjinlah membuat pemeriksaan payudara di rumah untuk lebih mengenali kedudukan bonggol di dalam tisu payudara anda supaya jika sebarang perubahan berlaku, lebih mudah untuk anda mengesannya.
Kadang-kala, banyak bonggolan akan muncul di sekitar kawasan dalam payudara saat anda sedang datang bulan. Jadi, tiada apa yang serius tentang hal ini.
Asalkan bonggolan itu adalah bersaiz sekitar 1 – 3cm dan mudah untuk dilihat kemunculannya, maka tiada apa yang perlu anda risaukan. Ia perkara biasa.
#4 Berlainan Saiz
Secara jujur, susah untuk anda temui wanita yang mempunyai sepasang payudara yang sama saiznya di kedua-dua belah. Melainkan wanita berkenaan pernah membuat pembedahan plastik. Opsss!
Oleh itu, jika anda mempunyai saiz payudara yang berbeza di kedua-dua belah, malah boleh menjangkau sehingga 2 kali ganda lebih kecil atau besar dari payudara yang satu lagi, ia sebenarnya NORMAL.
Kalau anda nak tahu, pelakon Jennifer Lawrence dan Keira Knightley juga pernah mengomel tentang payudara mereka yang besar sebelah. 😛
#5 Areola Berbintik
Areola adalah bahagian luar puting yang selalunya berwarna gelap dari kulit sebenar anda, membulat mengelilingi sekitar puting payudara.
Jika anda perasan bahawa areola anda dilitupi bintik-bintik kecil, jangan pula anda teriak ketakutan. Ianya normal. Bahagian areola yang ditumbuhi bintik-bintik kecil itu menandakan bilangan kelenjar yang anda ada di dalam payudara.
Untuk pengetahuan anda, dari kelenjar itulah nanti keluarnya cecair yang diperlukan sepanjang waktu anda mengandung serta semasa anda menyusukan bayi.
#6 Puting Menghala Ke Arah Yang Berlainan
Kajian telah membuktikan bahawa puting payudara anda akan menghadap ke satu-satu arah bergantung kepada fungsi yang ditetapkan oleh tubuh anda.
Sebagai contoh, puting di payudara sebelah kiri anda menghadap ke arah yang lebih tinggi dari sebelah kanan. Memang normal untuk puting payudara menghadap ke arah yang berlainan.
Seperti saiz, kedudukan puting payudara juga mungkin berbeza di antara satu dengan yang lain.
#7 Kesan Regangan
Kehadiran kesan regangan di atas permukaan payudara mungkin membuatkan seseorang kurang berkeyakinan dengan penampilan fizikal tubuh mereka. Namun, apa yang anda perlu tahu… 7 dari 10 orang wanita mempunyai kesan regangan pada payudara mereka. Tidak perlulah anda malu.
Lagi pun, jika anda mempunyai regangan pada payudara, itu bermakna anda sangat bertuah kerana mempunyai sepasang payudara yang besar, seksi dan cantik!
Jadi sekarang, anda dah tahu kan bahawa payudara anda itu sebenarnya normal belaka?