Bangun awal pagi untuk menyediakan makanan sahur memanglah suatu perkara yang boleh dikatakan perit. Jadi di sini Wanista ingin mengambil kesempatan berkongsi beberapa resepi mudah yang hanya memerlukan masa 10 minit sahaja, cepat dan penuh dengan protein yang mencukupi, serat dan lemak yang sihat untuk membantu anda melalui hari.
Telur Hancur
Anda boleh sediakan dalam gaya Amerika, British, Perancis bersama roti bakar panas. Sangat mudah! Malah, pengambilan telur dalam hidangan makanan setiap hari terutamanya pada waktu pagi dikatakan dapat mencegah individu daripada berasa lapar dan perasaan untuk mengunyah.
Lihat beberapa resepi telur hancur boleh anda cuba – RESEPI TELUR HANCUR YANG SERIUS SEDAP & MUDAH DIBUAT
Smoothie
Anda hanya perlu sediakan bahan-bahannya seperti buah-buahan dan bijirin dalam paket sebelum tidur. Kisarkan pilihan buah-buahan bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan satu ‘protein smoothie’ yang mengenyangkan. Antara buah-buahan yang sesuai bagi tujuan ini adalah kurma, pisang, epal, pelbagai jenis beri, mangga dan juga avocado selain kacang.
Resepi : 10 RESEPI SMOOTHIE YANG SUPER SEDAP & PENUH KHASIAT
Overnight Oats
Sama seperti pek smoothie, ini juga anda tak perlu masak. Hanya oat dan buah-buahan diletakkan dalam susu dan yogurt dan dibiarkan semalam dalam peti sejuk. Serius, esok pagi anda makan memang lazat!
10 minit Burrito
Hanya mengambil masa 10 minit untuk anda sediakan burrito, sediakan wrap bersama lebihan lauk-pauk seperti ayam, ikan, daging, ataupun tambah avocado, keju, ikut kesukaan anda.
Roti Bakar
Anda boleh sediakan roti bakar dimakan bersama mentega kacang, jem, pisang ataupun telur hancur. Ini boleh menambah tenaga!
Oatmeal Bakar
Cuba campurkan apa sahaja hidangan anda dengan sayuran bernutrien tinggi, seperti kale. Mungkin ramai yang tidak tahu, kale adalah sejenis sayuran paling kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, B, K, kalsium dan magnesium.
Telur Rebus
Selain telur hancur, telur dadar, anda juga boleh sediakan telur rebus ataupun telur separuh masak dan dimakan bersama kicap. Mudah & semestinya mengenyangkan!
Penkek
Siapa suka makan penkek Macdonalds? Anda boleh cuba penkek pisang. Cuma menggunakan 3 bahan seperti tepung serbaguna, pisang ranum, telur dan adunan anda sudah sedia untuk dimasak.
Lihat resepi : [ RESEPI STEP-BY-STEP ] PENKEK PISANG OATMEAL YANG SIHAT