Pengasas aplikasi dalam talian yang berfungsi untuk menyenarai pelbagai tawaran harian yang terdapat di pusat membeli belah, David Lim baru sahaja membuat suatu kejutan besar untuk semua rakyat Malaysia!
Apa yang anda perlu lakukan untuk menebus tawaran-tawaran hebat berlainan yang ada pada setiap hari adalah, hanya dengan satu sentuhan mudah ke atas paparan tawaran pilihan anda di dalam aplikasi Seeties’, anda boleh terus ke gedung berkenaan untuk mendapatkan barangan promosi pilihan anda pada potongan harga yang ditawarkan.
Untuk pengenalannya, Seeties kini secara rasmi telah pun berkolaborasi bersama Sunway Pyramid Shopping Mall.
Mulai sekarang, anda tidak akan ketinggalan untuk menikmati pelbagai tawaran hebat yang terdiri dari penglibatan pelbagai jenis jenama dan kedai yang terdapat dalam gedung membeli-belah terbesar di daerah Subang Jaya itu.
Sementara penjual dan penjaja yang telah mendaftar dengan Seeties dapat melakukan jualan produk mereka, para pengguna pula bisa mendapatkan faedah dengan variasi tawaran hebat yang dijanjikan. Dari rangakaian makanan, pakaian, barangan peribadi serta hiburan dan permainan, semuanya ada ditawarkan di Seeties.
Jelas David Lim, “Lebih dari 96% individu di Asia tenggara tidak mempunyai kad kredit malah 9 dari 10 remaja tidak pernah menggunakan aplikasi tawaran sebegini sebelum ini. Oleh itu, ia menjadi Seeties ingin mengembangkan fungsinya untuk memberi kemudahan yang efisyen kepada “shopaholic” di luar sana!
Dalam masa yang sama, Seeties juga ingin membawakan suatu perubahan demi menggalakkan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan internet secara menyeluruh.
Aplikasi Seeties kini boleh dimuat turun secara percuma sama ada di AppStore mahupun Play Store. Untuk keterangan lanjut, sila layari seeties.me/my