Terkenal dengan hidangan stik dan daging rusuk lembu yang lembut, empuk dan mengiurkan, Tony Roma’s baru-baru ini memperkenalkan tawaran hebat untuk pelanggannya yang ingin menikmati sesi berbuka puasa secara berkumpulan di Tony Roma’s.
Berlangsung sehingga 31 Julai 2016, anda dan kaum keluarga mahupun sahabat-handai boleh menikmati hidangan ikonik daging rusuk lembu yang dimasak empuk dengan penuh rasa rempah perapan lazat, cukup untuk dimakan dan dikongsi bersama sehingga 10 individu.
Bukan itu sahaja, daging rusuk istimewa itu turut hadir dengan sos cicahan bagi melengkapkan seisi hidangan yang digelar TR Beef 10 Platter.
Setiap pinggan akan dihidang dengan 10 potongan daging rusuk lembu yang disira dengan sos dan bahan peraman berlainan termasuklah Sos Smoky Apple BBQ, Sos Sweet Sarawak Black Pepper, Sos Sriracha BBQ, sos Pepsi Cola BBQ, dan akhir sekali adalah Sos Tennessee BBQ. Kelima-lima jenis sos ini tidak dinafikan dapat menambah seleksi keenakkan yang diberikan oleh hidangan TR Beef 10 Platter.
Sememangnya merupakan hidangan daging bertaraf dunia, sesi berbuka puasa anda akan menjadi lebih bermakna apabila dapat menikmati hidangan enak yang boleh dikongsi bersama sebegini. Kesemua lima sos kegemaran ramai dari Tony Roma’s dapat dihimpunkan sekali dalam sebuah pinggan!
Pelanggan yang memesan TR Beef 10 Platter akan turut ditemani hidangan “Soup of the day” untuk dua orang secara percuma berserta hidangan pembuka selera Original Half Onion Loaf yang boleh dibeli dengan harga RM13.67 sahaja, jimat RM10 dari harga asalnya -RM23.00.
“Di Tony Roma’s, kami hanya menawarkan daging rusuk yang berkualiti, setanding dengan harga yang dibayar oleh pelanggan membuatkan ramai pelanggan yang datang kembali untuk menikmati lebih banyak hidangan enak di Tony Roma’s,” jelas George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Revenue Valley Sdn. Bhd.
TR Beef 10 Platter ditawarkan pada harga RM168.43 termasuk GST dan boleh mula dinikmati di semua cawangan Tony Roma’s seluruh Malaysia bermula 6 Jun sehingga 31 Julai 2016.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.tonyromas.com.my