Boleh dikatakan, ramai di antara selebriti Malaysia yang giat menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Selain membangunkan jenama tudung, pakaian, makanan kesihatan mahupun restoran serta kafe sendiri, minyak wangi juga merupakan salah satu item yang hangat dipromosikan.
Dengar kata, wangian yang dihasilkan para selebriti Malaysia ini kebanyakkannya cumalah berasaskan bauan inspirasi (inspired perfume) yang mudah untuk didapati di mana-mana toko atau butik minyak wangi berdekatan. Ya lah, jika direnungkan, kos untuk mencipta minyak wangi bukanlah murah seperti yang sering dilakukan oleh selebriti luar negara. Di mana, mereka perlu mengambil masa yang lama untuk mencampur-aduk, menggabungkan pelbagai nota bauan sehingga haruman yang diingini terhasil mengikut cita rasa.
Dari segi kotak pembungkusannya pula, ada yang cantik malah ada juga yang kelihatan biasa-biasa saja. Tak bolehlah kita hendak mengharap secara berlebihan pula kerana fenomena wangian selebriti di Malaysia ini masih baru lagi. Sementara mereka semua sedang berjinak-jinak dengan dunia penghasilan wangian, jom kita lihat senarai wangaiannya dahulu. Mana tahu jika ada yang berkenan di hati, bolehlah anda terus membeli!
Walau bagaimanapun, syabas Wanista ucapkan kepada artis-artis Malaysia yang berani mengeluarkan jenama wangian mereka sendiri!
#1 Fasha SandhaÂ
Jika berminat, klik di sini!
#2 Rita Rudaini
Jika berminat, klik di sini!
#3 Remy Ishak
Jika berminat, klik di sini!
#4 Bunkface
Jika berminat, klik di sini!
#5 Rozita Che Wan
Jika berminat, klik di sini!
#6 Fazura
Jika berminat, klik di sini!
#7 Kaka Azraff
Jika berminat, klik di sini!
#8 Ning Baizura
Jika berminat, klik di sini!
#9 Siti Nurhaliza
Jika berminat, klik di sini!
Â
#10 Sheila Rusli
Jika berminat, klik di sini!
#11 AC Mizal
Jika berminat, klik di sini!
#12 Akim & Stacy
Jika berminat, klik di sini!
#13 Neelofa
Jika berminat, klik di sini!
#14 Atitah HarisÂ
Jika berminat, klik di sini!
Penulis pasti, kesemua haruman selebriti Malaysia ini adalah bersumberkan ramuan yang halal dan harganya masing-masing adalah bawah RM100. Jadi, apa pendapat anda? Yang mana satu idaman kalbu?
Kalau ada yang dah pernah mencuba tu, silalah tinggalkan komen supaya kita sama-sama boleh berkongsi pendapat okay? 🙂