Kini tiba masanya untuk setiap tuan rumah mencanang idea dekorasi kediaman masing-masing. Baru-baru ini, jenama yang mencipta porselin berseni mewah, dekorasi kediaman dan aksesori, Franz memperkenalkan koleksi baharunya yang pasti memberikan sentuhan peribadi terhadap setiap ruang kediaman menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Koleksi yang dinamakan Flora and Flutter, Island Beauty Hibiscus dan Striking Vermilion, diperinci indah dengan motif flora berseni tinggi bersama kemasan penuh kehalusan. Gaya keseniannya mampu melengkapi setiap dekorasi dan latar tempat serta menyuntik kesegaran terhadap tarikan dekorasi sesebuah ruangan.
Bersama gaya yang unik, mempesona dan artistik, koleksi ini juga disertakan dengan beberapa barangan fungsional yang sempurna untuk dijadikan cenderahati.
Flora and Flutter Butterfly and Flower Design Collection
Rama-rama memberi gemerlapan dan keriangan di dunia serba indah ini. Setiap daripadanya membawa mesej kebahagiaan kepada setiap hidupan di muka bumi. Rama-rama berperanan selaku utusan kumpulan Flora. Anda pasti dapat menyaksikan keindahan alam yang luar biasa apabila mengekori harmoni pergerakan sepasang kepaknya.
“Island Beauty” Hibiscus Collection
Bunga Raya yang juga terkenal sebagai bunga kebangsaan Korea merupakan lambang semangat kehidupan. Sejak dulu, bunga raya yang tumbuh berumpun sering dijadikan tumbuhan di deretan pagar. Kecantikannya melengkapkan keindahan halaman kediaman. Dari musim bunga berganti ke musim luruh, bunga raya menyedarkan kita bahawa setiap hidupan biasa juga berupaya mencipta pemandangan indah.
Striking Vermillion Peony Flower Collection
Pesona gemalai ribuan tahun yang lalu, Peony kekal sebagai bunga perlambangan Imperial. Harumanya mampu meruntuhkan tembok, kelopaknya berdaya menumpaskan tentera. Tidak terhitung bilangan bungaan dipuja di seluruh dunia, namun tiada yang setanding pesona elegan peony.
Anda berminat?
Lot 6.06, Level 6, Pavilion Kuala Lumpur 168, Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur
Tel: +603 2142 1819 & Laman web: www.franzcollection.com