Zaman dulu, sewaktu era 90an-2000, kita budak-budak ni mana reti sangat. Kita duduk rumah, tengok TV.
Asal petang je, mulalah rakan sebaya depan rumah jerit panggil nama, bukan apa… Mereka ajak main, tu pun main basikal, main bole ke, main lompat tikus atau mungkin ada juga yang main kahwin-kahwin 🙂
Nah, di sini Wanista nak mengimbau kembali memori lama anda sambil mengetengahkan perbezaan membesar sewaktu zaman dahulu dan zaman sekarang.
#1 Snek Sejuk Paling ‘Cool’ Untuk Remaja
SEKARANG
Sekarang ni dah tak main dah lepak kat taman sambil makan ais krim. Lagi cool kalau lepak Starbucks, beli Frappuccino harga RM18. Sambil tu boleh layan servis wifi percuma!
DAHULU
Dapat makan ais krim tiub ni dah kira glamor dah weh masa dulu-dulu. Orang makan ais krim pop-pop 20 sen, kita makan ais krim tiub. Hebat!
#2 Racangan Paling Lawak Untuk Ditonton
SEKARANG
Buat masa sekarang, ini je lah sitkom yang paling lawak kat Astro Mustika HD tu!
DAHULU
Tajuk sitkom ni Jangan Ketawa, tapi kerjanya asyik buat orang ketawa tak habis-habis! Zaman Astro belum ada… tengok TV3 je lah. Rindu!
#3 Kanak-Kanak Atau Remaja Akan Berasa Popular Jika…
SEKARANG
Snapchat is everything, Snapchat is life!
DAHULU
Setiap hari buka Myspace sebab tak sabar nak tengok komen orang. Seronok dapat “notification” menimbun-nimbun tunggu untuk dibalas. Rasa popular habis masa tu!
#4 Gaya Rambut Paling ‘HOT’ Untuk Lelaki
SEKARANG
Apa benda yang semua orang nak buat ‘longkang’ kat tengah-tengah rambut?
DAHULU
Rambut pacak lah baru handsome… katanyaaaaa
#5 Cara Mengambil Selfie
SEKARANG
Guna “selfie stick”!
DAHULU
Trend zaman Myspace. Semua budak-budak cool kalau ambil selfie mesti dari atas macam ni. Bila tengok balik gambar sendiri masa dulu-dulu selfie macam ni, ish rasa nak cekik diri sendiri. haha
#6 Rekaan Jeans Yang Menjadi Idaman Semua Pencinta Fesyen
SEKARANG
Pakai ripped jeans macam ni lah baru ada kelas!
DAHULU
Seluar jeans bersulam bunga. Macam cantik je, macam comel je 🙂
#7 Servis Langganan Televisyen
SEKARANG
Kalau nak tengok bermacam jenis saluran televisyen, kena ada Astro. Baru hidup anda bahagia.
DAHULU
Sama juga seperti Astro. Pengguna boleh langgan seberapa banyak saluran yang mereka mahu, bahkan semua rancangan juga dapat ditonton dengan jelas!
#8 Item Solekan Untuk Kelihatan “Flawless”
SEKARANG
Terpengaruh dengan K-Beauty gamaknya. Jadi, semua jenama kecantikan dah ada kompak kusyen mereka sendiri.
DAHULU
Dulu mana ada bb cream, cushion compact. Jadi guna mousse saja. Fungsinya sama, cuma cara pemakaian agak sedikit leceh sebab kena colek pakai jari untuk ambil produk.
#9 Telefon Mudah-Alih Paling Mewah
SEKARANG
iPhone! Budak sekolah menengah pun dah mampu pakai iPhone 6s sekarang!
DAHULU
Nokia Butterfly adalah idaman para remaja 🙂
#10 Coklat Bersama Hadiah Misteri!
SEKARANG
Kinder Joy ni harga dia memang cekik darah. Coklatnya pun alahai… sedih nengok!
DAHULU
Ding Dang, Tora & Jojo ni adalah yang paling mewah masa dulu-dulu. Berapa sen je pun harga sekotak… Tak sampai RM1. Dan bila dah keluar iklan kat TV tayang ada keluar permainan baru, ha mula semua duk korek tabung sebab tak mahu ketinggalan untuk menambah siri koleksi permainan genit dari ketiga-tiga jenama kotak misteri ni kan?
#11 Main Dengan Anak Patung Yang Bajunya Boleh Ditukar Ganti
SEKARANG
Budak-budak sekarang semua muat-turun aplikasi permainan digital je.
DAHULU
Tak macam kita dulu-dulu. Kena beli booklet anak patung kertas dari mana-mana kedai runcit, balik rumah, kena koyak dan tanggalkan semua pakaian, kasut, aksesori, termasuk patung tu sekali dari booklet sebelum boleh bermain dengannya. Best!
#12 Gincu Paling Awesome!
SEKARANG
Mestilah Kylie Lip Kit!
DAHULU
Ajaibnya gincu ni, bila sapu di bibir warnanya akan bertukar mengikut suhu darah seseorang.
#13 Tuala Wanita Yang Paling Releven
SEKARANG
DAHULU
#14 Beg Sandang Paling Stailo
SEKARANG
Beg yang berambu-ramba macam ni memang tengah in-trend sekarang ni.
DAHULU
Zaman kegemilangan “Bubble Backpack”! Mana nak cari? Kalau ada penulis nak beli satu! So cute!
#15 Alat Tulis Gempak
SEKARANG
Stabilo ni mahal bak ang! Siapa ada semua warna mesti dia kaya!
DAHULU
Ingat lagi kewujudan “milky pen”? Dulu habiskan duit pergi koperasi sekolah beli pen ni je 😛
#16 Semburan Wangian Kegilaan
SEKARANG
Budak sekolah sekarang dah mampu pakai Bath & Body Works Fragrance Mist.
DAHULU
Hakak dulu pergi sekolah pakai fragrance mist jenama Pucelle je dik! Beli kat kedai runcit. Ni pun dah wangi benau 😀
#17 Cara Meramal Nasib & Seangkatan Dengannya
SEKARANG
Rujuk je Buzzfeed Quizzes ni. Banyak quiz yang anda boleh buat supaya anda lebih tahu tentang diri anda.
DAHULU
Bila anda tersalah pilih nombor, maka punah lah nasib dan masa depan anda…