Lebih 550 buah kedai memenuhi segenap ruang bangunan pusat membeli-belah yang berketigian 8 tingkat ini, Pavilion Kuala Lumpur adalah syurga bagi orang awam untuk mendapatkan segala macam keperluan dengan mudah serta efisyen.
Bersempena musim perayaan ini, ayuh jejakan kaki ke destinasi membeli-belah terhebat di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur yang bisa memberikan anda nikmat membeli-belah dan dalam masa yang sama turut membuka peluang kepada pengunjung Muslim yang hadir untuk menghilangkan lapar dan dahaga di lebih 100 buah kedai dan gerai yang menyediakan variasi hidangan enak kala tiba waktu berbuka puasa.
Apa yang lebih menarik, kebanyakkan restoran yang ada di dalam Pavilion semuanya menyediakan ruangan yang besar untuk para pengunjungnya, sesuai untuk kaum keluarga berkumpul dan berbuka bersama. Bahkan, ianya lebih meriah!
Jika anda mencari sesuatu kelaianan, anda bolehlah merancang untuk berbuka puasa di Al Halabi Gourmet Restaurant (Tingkat 7, Dining Loft). Apabila berkinjung ke restoran makanan Arab, jangan ketinggalan untuk memesan hidangan istimewa yang kebanyakkannya tertumpu kepada menu daging panggang, nasi berempah serta roti.
Kesemua ramuan yang dimasak secara profesional juga adalah berasaskan bahan-bahan segar, bahkan rata-rata masakan yang disediakan dihidang dengan saiz hidangan yang besar, cukup untuk dikongsi bersama ahli keluarga terdekat.
Selain itu, anda boleh merasakan pengalaman beristirehat sambil berlatarkan hiasan dalaman yang diinspirasi dari negara timur tengah, sangat eksklusif dan pastinya mengundang perasaan teruja. Promosi makan malam yang ditawarkan oleh Al Halabi adalah bermula RM250++ seorang.
Jika anda mengidam untuk sesuatu yang tulen, singgahlah ke Serai (Tingkat 7, Dining Loft). Semua hidangan yang berkonsepkan masakan kegemaran Malaysia ada dihimpunkan di sini. Anda boleh jamu nasi putih bersama lauk Asam Pedas Ayam dan Ekor istimewa, Sotong Madu. Malah, Ikan Kukus yang disira dengan tom yam dan sos asam juga pasti menarik untuk dicuba! Lamb Shank Ala Morocco yang dihidangkan bersama Nasi Basmati pun sedap juga!
Terdapat bilik peribadi yang bisa memuatkan sehingga 10 orang jika anda mahu membawa kawan sepejabat berbuka di sini. Harga promosi set 3-4 orang khas untuk Ramadhan bermula pada RM199++.
Jika anda mencari tempat yang lebih berpatutan, kunjungi sedap Grandmama’s (Tingkat 6). Restoran ini terkenal, menghidangkan seleksi pilihan makanan Malaysia yang sedap dan ditawarkan pada harga yang mampu milik. Hidangan Nasi Lemak, Kari Kepala Ikan, Kari Makanan Laut yang penuh dengan ramuan segar seperti bendi, sayuran, sotong, ikan, udang dan tauhu kembung pastinya mengiurkan!
Untuk pencuci mulut, jangan ketinggalan untuk memesan Jeli Kelapa yang dihidang dalam tempurung! Set Makan Malam Berbuka Grandmama’s ditawarkan pada RM98+ hingga RM398+, sesuai untuk dijamu 2 hingga 10 orang sekaligus.
Nak cuba masakan Lebenon? Boleh jejakan kaki ke Al-Amar Lebanese Cusine (Tingkat 6) terletak di tingkat paling atas Pavilion Kuala Lumpur. Anda bakal berpeluang untuk merasakan sensasi hidangan panas dan sejuk yang diinspirasi dari masakan utama Lebonan termasuklah Mezzas, makanan panggang, Salad segar serta pencuci mulut timur tengah.
Berbukalah sambil melihat pemandangan dini hari Jalan Bukit Bintang dari atas pada harga promosi RM95++ seorang.
Setelah penat membeli-belah barangan persediaan Aidilfitri bersama keluarga tercinta di sekitar gedung dan butik pilihan seperti butik aksesori berlian DeGem di tingkat 3, kedai makanan Berkhasiat Castania di tingkat 1, butik wangian Annick Goutal tingkat 2 dan butik beg tangan dan aksesori betatah kristal dan berlian mewah jenama Judith Leiber di tingkat 2, anda boleh memanjakan diri di Beauty Hall precint yang terletak di tingkat 7 dalam Pavilion. Siapa yang tidak mahu kelihatan sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki sewaktu menyambut Hari Raya nanti kan?
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.pavilion-kl.com. Berseronoklah di Pavilion musim perayaan ini!