Asalkan namanya berbuka, anda dan keluarga pasti tidak pernah ketinggalan untuk membeli juadah di Bazaar bagi melengkapkan tradisi iftar itu.
Tetapi, untuk memberi sentuhan yang lebih meriangkan sempena bulan Ramadhan yang penuh berkah tahun ini, apa kata anda dan keluarga mengeratkan silaturahim dengan memasak juadah berbuka bersama?
Seperti tautan kekeluargaan yang terpancar dalam drama bersiri terhebat di saluran AXN, Blue Bloods sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada kita semua betapa pertalian kekeluargaan itu harus dijaga dengan terperinci supaya kebahagian itu dapat lahir dengan cara yang paling sempurna sesama ahli keluarga.
Tidak susah untuk mengumpulkan ahli keluarga supaya dapat menikmati makan malam bersama bukan? Seperti keluarga Reagan di dalam drama istimewa ini, Setiap hari Ahad adalah wajib bagi semua ahli keluarganya berkumpul di meja sambil menikmati juadah dan hidangan yang tersedia.
Mulai dari hari ini, tepis segala kecelaruan yang anda ada kerana terdapat beberapa resepi ala barat menarik yang disunting dari The Blue Bloods COOKBOOK untuk anda cuba.
Bolehlah anda mula memasak himpunan hidangan yang diinspirasi dari kegemaran karakter utama dalam drama bersiri Blue Bloods sebagai juadah berbuka istimewa yang dimasak dengan penuh kasih sayang!
BEEF STRINGANOFF (Saiz Hidangan: 4 – 6 orang)
Bahan:
- 1 1/2 pounds daging batang pinang
- Garam dan serbuk lada hitam
- Minyak canola
- 4 sudu besar butter yang tidak bergaram
- 1 biji bawang besar kuning (didadu)
- 2 paun cendawan butang putih (potong batangnya dan dihiris tebal)
- 2 sudu besar tepung serbaguna
- 1 1/2 cawan air rebusan daging
- 1 cawan Dijon mustard
- 1 cawan krim masam
- 2 sudu besar daun parsli yang dicincang
- 12 auns mee kuning, direbus sehingga masak
Cara:
- Cairkan dan lembutkan daging. Potong dan alihkan bahagian lemak, potong daging panjang-pajang setebal 1/2 inci setiap satu. Setelah daging cair daripada ais beku, taburkan dengan garam serta lada hitam dengan rata.
- Dalam kuali leper, panaskan minyak sehingga panas di atas api besar. Goreng daging dengan cara separuh masak lebih kurang 2 minit setiap bahagian. Alihkan.
- Perlahankan api kepada serdehana. Cairkan butter. Masukkan bawang dan goreng selama 3 minit sehingga garing.
- Masukkan pula hirisan cendawan dan masak sehingga ia menjadi perang dan lembut teksturnya selama 10 hingga 12 minit. Tambahkan tepung dan kacau supaya kesemua sayur (bawang dan cendawan) bersalut dengan tepung tersebut.
- Sementara menunggu ia masak, anda boleh gabungkan kuah rebusan daging, mustard, krim masam (sour cream) di dalam mangkuk lain. Kacau sebati.
- Masukkan campuran kuah rebusan daging itu ke dalam kuali. Biarkan ia merenih selama 5 minit atau sehingga kuahnya memekat. Pastikan juga daging telah empuk sempurna.
- Masukkan mee kuning yang telah dicelur dan biarkan ia masak sebaiknya. Alihkan ke dalam mangkuk dan taburkan daun parsli sebagai hiasan dan penambah perisa.
- Hidang dan makan ketika panas.
AYAM PANGGANG BEREMPAH (Saiz Hidangan: 4 – 6 orang)
Bahan:
- Seekor ayam
- 3 sudu besar minyak zaitun dara
- 1 sudu besar daun rosemary cincang
- 1 sudu besar daun thyme cincang
- 1 camca teh oregano kering
- 1 camca teh garam
- 1/2 camca teh serbuk lada hitam
- 2 tangkai rosemary segar
- 2 tangkai thyme segar
- 1/2 bawang besar kuning (dibelah 3))
- 1/2 lemon (dibelah 3)
Cara:
- Panaskan ketuhar 425°F (215°C- 220°C)
- Keluarkan segala organ dan isi perut ayam. Bersihkan ayam tersebut. Bilas dengan air sejuk. Keringkan ayam tersebut.
- Dalam mangkuk kecil, gabungkan minyak, rosemary cincang, thyme cincang, oregano, garam, dan lada hitam. Menggunakan tangan, sapu campuran minyak herba itu di sekeliling permukaan ayam. Jangan lupa sapu di bahagian dalam ayam tersebut sedikit.
- Letakkan 4 tangkai rosemary dan thyme di bahagian dalam ayam tersebut.
- Letakkan ayam di atas dulang pemanggang. Pastikan dada ayam menghadap ke bahagian atas. Panggang selama 1 1/2 jam.
- Setelah itu, pusingkan dulang tersebut ke sebelah bahagian lagi supaay ayam masak dengan sekata. Jangan lupa untuk siram ayam dengan jus yang keluar semasa membakar selang 15 – 20 minit sekali supaya ayam tidak kering.
- Sehingga kulitnya bertukar keemasan dan rangup, cucuh thermometer di bahagian ayam paling tebal untuk periksa suhu jika ia mencecah 165°F ( 70°F – 75°F)
- Alihkan dari dulang, biarkan ayam panggang tersebut rehat selama 10 minit sebelum menghirisnya. Hidangkan ia sementara masih panas bersama hidangan yang lain seperti kentang lenyek dan coleslow.
KENTANG PANGGANG
Bahan:
- 1/3 cawan minyak zaitun
- Garam dan serbuk lada hitam
- 2 sudu besar daun rosemaru cincang
- Jus dari sebiji buah lemon kecil
- 1 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 paun kentang merah atau kentang kecil (dibelah 2 -4)
- 1/4 cawan keju Parmesan parut *boleh letak lebih mengikut cita rasa
Cara:
- Panaskan ketuhar 200°C – 205°C
- Dalam mangkuk besar, campurkan minyak zaitun, garam, serbuk lada hitam, rosemary, jus lemon dan bawang putih. Gaul sebati.
- Belah dua kentang. Jika kentang besar belah kepada tiga ke 4 bahagian. Basih dan keringkan kentang sebelum menyalutnya dengan campuran minyak zaitun tadi.
- Taburkan kentang di atas dulang ketuhar, pastikan bahagian isinya menghadap ke sebelah atas. jangan lupa untuk menterbaliknya ketika proses memanggang suapay ia masak dengan sekata.
- Panggang selama 20 minit dan alihkan dari ketuhar, taburkan dengan keju parut tadi.
- Masukkan kembali ia kedalam ketuhar selama 15 minit lagi. Panggang sehingga garing, dan empuk.
- Cucuh dengan pisau untuk lihat sama ada kentang telah empuk.
- Alihkan dari dulang. Hidangkan ketika panas bersama salad dan ayam panggang tadi jika mahu.
BERRY COBBLER
Bahan:
Inti:
- 1/2 cawan gula halus
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 paket beri campuran beku yang bersaiz 12 auns (bahagikan sama rata ke dalam 6 cawan)
- 1/2 camca teh kulit lemon yang diparut
Doh:
- 1 1/3 cawan tepung serbaguna
- 1/4 cawan gula halus
- 1 1/2 serbuk penaik
- 1/2 sudu besar garam
- 5 sudu besar butter tidak bergaram (dipotong kiub)
- 1/2 cawan krim berat
- 1 biji telur bersaiz besar
- 2 sudu besar gula perang
Cara:
- Panaskan ketuhar 200°C – 205°C.
- Untuk membuat inti: Dalam mangkuk yang besar, gaul gula dan tepung jagung sehingga sebati.
- Tambahkan buah-buahan beri campuran serta kulit lemon parut tadi. Gaul sehingga beri bersalut dengan semua bahan lain.
- Di dalam mangkuk lain, kacau tepung, serbuk penaik dan garam bersama. Tambahkan butter dan hiris ia sedikit-sedikit masuk ke dalam campuran tepung tersebut. Gaul tepung sehingga ia mempunyai tekstur kerak.
- Tambahkan krim dan pukul ia menggunakan garfu sehingga ia bertukar menjadi doh. Taburkan tepung di atas permukaan rata dan di tapak tangan anda. Jadikan doh itu seperti bola kecil.
- Uli lembut doh tersebut selama 1 minit dna leperkannya. Dengan lembut, gunakan kayu penggelek sehingga rata sebelum membentuk doh menjadi petak atau bujur (mengikut bentuk loyang pembakar) untuk diratakan ke dalam loyang anda.
- Tuang campuran beri ke dalam loyang sebelum anda meletakkan lapisan doh yang tepat dengan saiz dan bentuk loyang anda di atasnya.
- Kemudian, pukul telur bersama satu sudu besar air sehingga ia memekat. Dengan menggunakan berus, sapu doh tersebut dengan telur tadi. Taburkan gula perang di atasnya.
- Bakar pencuci mulut Cobbler ini selama 35 minit atau sehingga ia bertukar keperangan. Biarkan ia berehat selama 10 minit sebelum memtong dan menghidangkannya.
Jangan lupa tonton drama aksi bersiri Blue Bloods yang penuh dengan mesej moral yang boleh anda contohi. Setiap hari Khamis, tepat jam 10pm hanya di Astro saluran AXN 701 dan AXN HD 721.
Selamat mencuba resepi-resepi yang di atas untuk nikmat berbuka puasa bersama keluarga tercinta!