Bagi anda yang sedang sibuk membuat biskut raya, ini satu lagi resepi baru yang boleh anda buat seisi keluarga. Biskut Viennese, biskut yang mula-mula dicipta oleh orang British, ianya mempunyai tekstur yang ringan dan bermentega. Anda mesti pernah lihat biskut ini, bukan? Cuma tak tahu nama sahaja.
Untuk pengetahuan anda, resepi biskut ini amat mudah, tetapi kesedapan biskut bergantung kepada kualiti mentega yang digunakan. Doh pula haruslah lembut supaya senang dipaipkan ke atas loyang. Selalunya biskut menggunakan gula kasar, tetapi untuk biskut yang dipaip sebegini, gula ising digunakan supaya doh licin, lembut dan menghasilkan biskut yang gebu. Sangat sesuai dihidangkan di hari raya buat tetamu istimewa, malah, lain daripada kebiasaan yang anda buat.
Ini antara bahan-bahannya:
- 240gm mentega tanpa garam
- 100gm gula aising
- 2 sudu teh esen vanila
- 1 biji telur dipukul
- 300gm tepung gandum serba guna
- Sedikit jem rasberry, anda boleh gunakan jem kesukaan yang lain
- Sedikit gula aising
Cara membuatnya:
Pukul mentega, gula aising dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur, kacau rata baru masukkan tepung. Gaul sehingga sebati. Masukkan adunan ke dalam beg pastri dengan muncung bintang berukuran 1.25cm dan paipkan di atas dulang bakar yang dialas kertas minyak. Bakar 10 hingga 12 minit pada suhu 175’C ataupun sehingga kuning.
Sementera menunggu biskut masak, di mangkuk yang lain, campurkan mentega dan gula aising. Masukkan esen vanila di tengah-tengah, kacau adunan ini sehingga kesemuanya sekata dan sebati.
Apabila biskut masak, angkat dan biarkan ia sejuk baru disapu jem rasberry dan buttercream. Satu bahagian disapu jem rasberry, satu lagi bahagian disapu buttercream, tangkupkan dua biskut tersebut.
Susun semula di atas redai baru disimpan di dalam peti sejuk supaya coklat beku. Ayakkan sedikit gula aising pada setengah bahagian lagi biskut sebelum disimpan.