MILO ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk beramal bersama-sama melalui kempen Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO supaya dapat bantu memberikan sarapan pagi yang berkhasiat kepada mereka yang kurang berkemampuan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Di antara 6 Jun hingga 5 Julai 2016, MILO akan berkerjasama dengan TESCO dan Lazada supaya rakyat Malaysia boleh sama-sama membantu mereka yang kurang berkemampuan melalui kempen ini. Bagi setiap 100 mata yang terkumpul daripada pembelian produk MILO, satu Bakul Sarapan Nestlé akan didermakan kepada rumah-rumah dan persatuan kebajikan.
Setiap Bakul Sarapan Nestlé direka untuk memberikan bekalan sarapan pagi yang berkhasiat untuk seorang penerima selama sebulan. Bakul ini termasuk paket serbuk MILO, Susu Tepung Nestlé Everyday, paket Nestum, paket Bijirin Sarapan MILO, dan MILO UHT.
Di antara penerima-penerima kempen Miliki Hari Yang Barakah Dengan MILO adalah Children’s Home of Hope (NCSM), Pertubuhan Kebajikan Waja Home, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Down Syndrome & Hyper Active, Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai (YM) Selangor, Persatuan Kanak–Kanak Cacat Klang Selangor, Pusat Jagaan Budaya Harapan, Pusat Jagaan Mesra Limpahan Kasih, Puchong, Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor &Wilayah Persekutuan, Pure Life Society, Dignity for Children, Persatuan Rakyat Miskin Malaysia, Persatuan Orang Yang Amat Cacat Akal, Selangor & Wilayah Persekutuan, Persatuan Rakyat Miskin Malaysia.
“Pengambilan MILO pada waktu sahur bukan sahaja mudah, tetapi juga melengkapkan hidangan dengan membekalkan khasiat yang mencukupi. Ia mudah untuk diminum pada waktu awal pagi, mengenyangkan dan membantu memberikan tenaga untuk memulakan hari ketika berpuasa,” jelas Cher Siew Wei, Pengurus Pemakanan Korporat, Nestlé (Malaysia) Berhad.
“Masih ramai tidak sedar bahawa kita kehilangan 80% daripada tenaga simpanan kita selepas berjam-jam tidur. Badan kita perlu menggantikan kembali tenaga yang hilang dengan pemakanan yang seimbang pada waktu pagi supaya kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk mencapai prestasi fizikal dan mental, lebih-lebih lagi di bulan puasa,” tambahnya.
Untuk maklumat lanjut bekenaan kempen ini, sila layari www.milo.com.my.