Di Malaysia ini, apa yang mustahil? Ramai di antara kita yang telah mampu untuk memiliki gajet terkini, selari dengan perkembangan teknologi mengikut trend dunia.
Saban hari, pengguna iPhone semakin ramai, jauh meninggalkan jenama-jenama telefon pintar yang lain. Oleh yang demikian, bagi memenuhi keperluan serta kepuasan para penggunanya, baru-baru ini, Apple telah mengumumkan sebuah kejutan!
Melihatkan keadaan suram di mana aplikasi janaan oleh Apple sendiri untuk iPhone jarang digunakan berbanding aplikasi syarikat saingannya seperti Facebook dan Snapchat, Apple akhirnya tampil membuat suatu perubahan mantap ke atas aplikasi mesej khas untuk iPhone serta peranti lain keluarannya berikutan pengenalan iOS10.
Untuk para pencinta gajet sekalian, bersiap sedialah untuk menggunakan 1001 elemen menarik yang diterapkan ke dalam aplikasi pesanan baharu, terdiri daripada efek paparan penuh, perkataan yang boleh ditukar menjadi emoji secara langsung tanpa perlu membuka menu emoji, mesej yang mempunyai efek tulisan tangan dan banyak lagi!
Cuma malangnya… Keseronokkan tetapan mesej baharu yang diperkenalkan oleh Apple untuk Iphone ini hanya boleh digunakan sesama para pengguna telefon pintar Iphone sahaja (MAAF ANDROID) 🙁
Hello pengguna iPhone! Anda dah sedia nak lihat kehebatannya?
#1 Papan kekunci bisa mengenal huruf yang ditaip dan menukarnya kepada emoji yang berkenaan secara automatik.
Yup! Penggunaan emoji akan menjadikan perbualan mesej lebih seronok! The more graphics, the more color and the more fun!
#2 Paling best, saiz emoji untuk iMessage ini juga adalah 3 kali lebih besar dari saiz emoji biasa!
#3 Ada juga ciri baharu yang lain seperti efek Bubble !
#4 Yup! Tidak ketinggalan efek paparan penuh !
#5 Berikan sentuhan efek ‘tulisan tangan’ kepada ucapan anda!
#6 Fungsi ‘Tapback’ pula membolehkan anda untuk menunjukkan perasaan terhadap satu-satu mesej yang dihantar.
#7 ‘Invisible Ink’ sangat berkesan jika anda ingin memberi kejutan kepada si penerima! So cool! Tapi jangan ada yang hantar gambar hantu mengerikan guna tetapan efek ni sudahlah! 😛
#8 Pautan dari laman-laman media lain seperti Youtube juga akan dimainkan terus dalam paparan mesej sebaik sahaja dihantar melalui aplikasi iMessage.
#9 Fungsi kamera di dalam iMessage adalah realistik di mana paparan gambar seolah-olah bernyawa dan bisa bergerak.
#10 iMessage kini turut boleh berfungsi sebagai pihak ketiga yang menyalurkan servis dari pihak lain seperti stickers…
Servis pesanan makanan secara langsung serta…
Aplikasi hiburan JibJab.
Bergembiralah wahai pengguna iPhone. Makin ramailah orang yang nak guna iPhone lepas ni. Bye Android…