Perjalanan boleh memenatkan terutamanya dengan kekurangan kerusi dan kawasan rehat di lapangan terbang, stesen kereta api ataupun bas.
Direka untuk menawarkan perjalanan yang bebas tekanan, Trunki memperkenalkan Jurni, sejenis bagasi yang berbentuk kotak dengan fungsi yang sangat praktikal, boleh dijadikan tempat duduk untuk berehat, sememangnya sesuai untuk generasi muda yang gemar melancong serta bergerak bebas.
Jurni dicipta untuk memberi golongan muda ruang mereka sendiri apabila melancong untuk duduk, chill dan mempunyai akses segera untuk kelengkapan melancong seperti pasport, kamera, fon kepala, wallet, pengecas dan sebagainya, menjaga keperluan perjalanan dengan selamat apatah lagi hanya dalam satu tempat. Bukan itu sahaja, Jurni sangat ringan dengan hanya 3.2kg sahaja, tahan lama dan didatangkan dengan banyak pilihan simpanan yang berbeza.
Jadi, selepas ini tiada lagi berdiri atau duduk di atas lantai kerana Jurni memudahkan serta sangat praktikal untuk anda.
Terdapat dalam 3 warna – magma red, cobalt blue dan fusion pink yang dijual dengan harga runcit RM599.00. Semak www.bloomandgrowasia.com untuk maklumat lanjut.