Bersempenan bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini, jenama minyak masak terkemuka tanah air, Minyak Masak Cap Buruh bersama Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UiTM Puncak alam bergabung tenaga untuk mengagihkan lebih 8,000 mangkuk Bubur Lambuk yang dimasak dengan minyak masak tersebut kepada para pelajar dan seluruh kakitangan kampus UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana.
Program agihan ini adalah sebahagian daripada aktiviti sambutan ulang tahun UiTM yang ke-60 serta program ihya Ramadhan. Bahkan ini merupakan program agihan bubur terbesar yang pernah dikelolakan oleh pihak UiTM.
Persiapan rapi dibuat di mana bubur lambuk dimasak menggunakan kawah-kawah besar di samping aktiviti gotong-royong yang turut memeriahkan suasana aktiviti berkumpulan hari itu. Ini sekaligus bisa mengeratkan pertalian ukhwah sesama pensyarah dan para pelajar yang bekerja kuat untuk menyiapkan hidangan bubur lambuk yang enak untuk dikongsi bersama.
Bubur Lambuk Cap Buruh ini cukup istimewa kerana ia diramu dengan rempah ratus serta beberapa bahan utama dalam masakan Bubur Lambuk yang lain seperti udang kering, daging segar serta hirisan bawang untuk menyedapkan lagi rasa Bubur Lambuk ini. Kesemua bahan ditumis menggunakan Minyak Masak Cap Buruh, melengkapkan lagi seisi rasa keenakan yang nyata pada hidangan Bubur Lambuk tersebut.
Minyak masak Buruh diperbuat daripada 100% khasiat minyak kelapa sawit yang tinggi, mengandungi Vitamin E serta bebas kolesterol.