Produk kosmetik yang berasaskan air semakin popular di kalangan pengguna sekitar 20-an dan 30-an. Ini adalah kerana persepsi pengguna bahawa minyak boleh menyebabkan masalah kulit dan merengsakan kulit sensitif. Tambahan pula, dengan menggunakan produk kosmetik yang berasaskan minyak memerlukan pembersihan dua kali untuk membuang baki sisa minyak sepenuhnya. Boleh dikatakan terdapat banyak jenis produk dan pembersih berasaskan air di pasaran, tetapi yang mana memberi manfaat kulit?
Kata ya kepada Vitamin Brightening Cleansing Water oleh Laneige, produk kosmetik berasaskan air dengan Vitamin C untuk mencerah dan membersih kulit sambil menanggalkan semua kesan mekap. Tidak seperti makeup remover yang lain, Vitamin Brightening Cleansing Water tidak merengsakan kulit walaupun yang sensitif dan tidak meninggalkan kulit rasa melekit. Malah, Cleansing Water yang baru ini memberikan kesegaran dan kecergasan setelah pembersihan.
Vitamin Brightening Cleansing Water bukan sahaja berkesan membuang mekap, tetapi juga mengandungi manfaat kulit, antaranya ialah:
Kadar Merengsa Rendah
Air tidak mengandungi PEG surfactant, yang mengandungi 20 jenis bahan-bahan berbahaya. Tambahan pula, cleansing water bebas dari 6 bahan berbahaya yang datang dari haiwan seperti minyak mineral, sulphate surfactant, pewarna tiruan, Imidazolidinyl Urea dan Triethanolamine.
Kaya dengan Lembapan Air
Vitamin Brightening Cleansing Water dirumuskan dengan bahan-bahan tumbuhan yang mengunci kelembapan kulit dan perlahan-lahan membersihkan segala kesan mekap. Formula yang kaya dengan nutrien yang memastikan bahawa sementara menanggalkan solek, cleansing water juga menyediakan kelembapan dan nutrien kepada kulit.
Mencerahkan
Bahan utama ialah Vitamin C, yang menjadikan ia mudah menyerap ke dalam kulit untuk mengurangkan pigmentasi yang disebabkan oleh cahaya matahari malah berkesan untuk mencerahkan kulit. Apabila digunakan dalam tempoh masa yang panjang, bahan Panthenol berubah menjadi vitamin dalam badan dan meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan. Selain itu, Niacinamide yang lebih dikenali sebagai Vitamin B3 juga berfungsi untuk melegakan keradangan kerana ia mengandungi ciri-ciri anti-radang.
Ekstrak Superberry
Sama seperti bahan-bahan utama yang terdapat dalam Laneige Clear C Advanced Effector, cleansing water ini juga mengandungi ekstrak superberry yang dipatenkan dengan teknologi Silicium. Mengandungi Acai Berry, 33 kali lebih kesan antioksidan daripada anggur merah dan Acerola pula 65 kali lebih Vitamin C daripada oren. Apa yang unik mengenai ekstrak adalah ia mempunyai 4.35 kali lebih kesan antioksidan daripada Vitamin C.
Bukan itu sahaja, Vitamin Brightening Cleansing Water menggabungkan bau sitrus yang menyegarkan dengan haruman bunga feminin untuk membolehkan pengguna mengalami formula vitamin yang kompleks.
Vitamin Brightening Cleansing Water menggalakkan penggunaan Double Care Cleansing Cotton, merupakan pad kapas jenis Embo nipis dan lembut. Ini menghadkan pembaziran cleansing water. Tambahan pula, pad kapas membolehkan anda untuk mengalami pembersihan dengan satu langkah sahaja.
Vitamin Brightening Cleansing Water, 300ml (RM90) dan Double Care Cleansing Cotton (RM15) boleh didapati di semua butik Laneige dan kaunter kecantikan bermula Julai 2016.