Anda mungkin hanya terbayang akan keenakkan rasa lemak berkrim apabila memikirkan tentang ais krim. Tetapi tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh mengkaji personaliti diri melalui perisa ais krim kegemaran?
Dah sedia? Jom Wanista kupaskan…
#1 VANILA
Vanila adalah perisa ais krim yang paling minimalis. Tetapi, lazimnya, mereka yang meminati ais krim berperisa Vanila ini adalah seorang yang periang, sukakan warna-warni, bijak mengikut gerak hati serta seorang yang berani menagmbil risiko. Yup! Mereka ini adalah golongan yang lebih gemar untuk bersandar pada gerak hati berbanding logik akal.
Menurut sebuah kajian yang dikelolakan oleh ahli neurologi Dr. Alan Hirsch iaitu pengasas kepada Smell and Test Treatment and Research Foundation, penggemar ais krim Vanila lebih berfikiran terbuka, gemar berterus-terang dan terdorong untuk memiliki hubungan cinta yang lebih bahagia 🙂
Dr. Alan juga menerangkan bahawa mereka yang menggemari perisa Vanila ini telah sekian lama menggemarinya sedari kecil dan akan mengekalkan obsesi terhadap perisa itu sepanjang hidup mereka. Siapa yang gemar Vanila meh sep sikit! Sebab penulis pun suka ais krim Vanila!
#2 STRAWBERI
Menurut kajian Dr. Alan untuk Baskin Robbins, penggemar perisa Strawberi adalah sangat bertolak-ansur, setia, dan pendiam. Satu lagi kajian yang dilakukan untuk Dreyer’s/Edy’s, hasil yang ditemukan menyatakan bahawa peminat perisa beri juga mungkin lebih ke arah pemikiran logikal serta bertimbang-rasa. Yeke?
#3 COKLAT
Jika anda sering memesan ais krim berperisa coklat semasa di restoran sebagai pencuci mulut mahupun ketika singgah di kedai runcit, tahniah, kerana anda adalah seorang penggoda!
Anda gemar bermain cinta, gemar menggoda, menawan, dan sungguh energetik. Tetapi malangnya, anda mudah sangat percaya cakap-cakap orang. Sedikit nasihat untuk para peminat ais krim coklat, jaga-jaga supaya tidak mudah tertipu okay?
#4 PUDINA BERSAMA CIP COKLAT (Mint Chocolate Chip)
Anda selalu serabut? Ha, mesti anda gemarkan ais krim berperisa Pudina Cip Coklat! Menurut Dr. Alan yang menjalankan kajian tersebut, mereka yang gemarkan perisa ini adalah seorang yang bercita-cita tinggi, berkeyakinan, serdehana, namun suka bertengkar. WOW
“Golongan ini tidak akan berpuas hati selagi kehendak dirinya tidak dipuaskan.” Walau bagaimanapun, pencinta ais krim Pudina Cip Coklat dikatakan serasi dengan siapa pun pasangan mereka.
#5 SHERBET PELANGI
Okay, peminat ais krim Mat Kool yang berwarna-warni seperti pelangi dan berperisa buah-buahan, anda adalah sangat pesimis. Anda suka berfikiran negatif sebelum nampak akan kebaikan sesuatu terlebih dahulu. Cepat sangat membuat andaian sendiri. Bukan itu sahaja, golongan ini adalah tegas serta analitik.
#6 KOPI
Anda seorang yang bersemangat, ceria, artistik dan dramatik (suka melebih-lebih). Dr. Alan berkata, peminat ais krim Kopi tidak berminat untuk memikirkan tentang masa hadapan mereka dek kerana terlalu menghargai masa sekarang.
Mereka ini juga memerlukan belaian dan manja yang berterusan daripada pasangan andainya mahu mengekalkan sesebuah hubungan. Jika tidak, habislah…
#7 CIP COKLAT
Jika anda gemar akan rasa perisa ais krim klasik ini, anda adalah seorang yang sangat pemurah, cekap, dan sentiasa mahu berjaya.
#8 BUTTER PECAN
Penggemar perisa berkacang ini selalunya setia, teliti dan hormat. Mereka sangat takut untuk menyakiti hati orang lain dan begitu mementingkan kejujuran.
#9 ROCKY ROAD
Marshmallow, Almond & Coklat sememangnya kombinasi yang mengiurkan! Jika ini perisa ais krim kegemaran anda, anda adalah seorang yang agresif dan menarik.
Dalam masa yang sama, anda juga seorang pendengar yang baik menurut hasil kajian Dr. Alan. Mereka yang gemarkan perisa ini juga adalah orang yang sering mengecapi kejayaan tetapi disebabkan sifat agresif mereka, kadang-kala mereka cenderung untuk mengecilkan hati orang disekeliling mereka 🙁
Jadi, yang mana satukah perisa ais krim kegemaran anda?