Tahun ini, bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh berkah, bulan di mana sedekah dan sifat memberi itu digalakkan, PurelyB yang merupakan sebuah komuniti yang giat mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat kini menjalankan kempen #PurelyBGivesBackRamadhan dari 10 hingga 17 Jun 2016 yang lepas.
Kempen ini berlangsung di mana, kesemua pembekal/vendor yang menjual barangan kesihatan mereka di purelyb.com akan menderma sebanyak 10 peratus daripada hasil jualan mereka kepada badan kebajikan Yayasan Chow Kit.
Dengan kemelesetan ekonomi sepanjang tahun 2016 ini, kebanyakan pembiayaan teras yang datang dari agensi-agensi kerajaan dan penderma korporat secara tidak langsung terjejas. Kesemua sumbangan tunai akan terus disalurkan untuk bayaran sewa pusat kemudahan awam serta jagaan remeja, pembiayaan makanan berkhasiat untuk kanak-kanak, bil perubatan, bayaran pendidikan serta kelas tambahan, dan banyak lagi. Sokongan dari pihak awam adalah sangat dihargai demi melengkapkan keperluan dua pusat yang dikelolakan di bawah Yayasan Chow Kit.
Kini,kita semua berpeluang menyumbang dengan membeli rangkaian barangan yang berteraskan kesihatan, terdiri dari snek bernutrisi, jus buah-buahan segar, produk penjagaan wajah organik, keperluan kecantikan harian serta perkakas kesihatan untuk rumah dari gedung atas talian PurelyB. Untuk keterangan lanjut, sila layari marketplace.purelyb.com/ramadhancharity