Dengan Pengahsilan rekaan khas pakaian sukan berfesyen khas untuk para juara, H&M menyambut kedatangan Olimpik 2016 dengan aura kemenangan. Koleksi utama ini akan dilancarkan sekali bersama acara kempen di beberapa gedung H&M terpilih bermula 21 Julai 2016.
Penghasilan rekaan bergaya khas untuk aktiviti sukan ini ternayata bermutu, direka dengan penuh terperinci menggunakan kepakaran dan idea yang dikongsi bersama pasukan Olimpik Sweden. Hasilnya, kesemua helaian teknikal untuk sukan itu adalah versatile, sesuai untuk digayakan semua.
Ia menggabungkan gaya fesyen berkelas tinggi sambil ditemani fungsi-fungsi terbaik untuk meningkatkan prestasi si pemakai. Setiap helaian yang dihasilkan untuk koleksi istimewa ini telah diuji terlebih dahulu oleh pasukan Olimpik Sweden.
Merangkumi elemen prestasi, rekaan sistematik serta daya tahan yang dinamik, H&M berbangga kerana berpeluang menghasilkan rekaan khas untuk pasukan Olimpik Sweden dan Paralimpik di Rio 2016. Ini termasuklah uniform untuk majlis pembukaan Olimpik, beberapa helaian untuk dipakai ketika acara pertandingan serta pakaian untuk majlis penyampaian hadiah.
Koleksi “For Every Victory” yang terdiri dari Baju-T, bra bersukan untuk wanita, seluar pendek larian dan leggings ini diserikan dengan penggunaan palet warna gelap dan menonjol seperti hitam, kelabu, emas dan merah jambu samar. Material yang digunakan pula adalah berdasarkan fabrikasi mudah menyerap peluh, cepat kering dan boleh bernafas manakala poliester pula dapat memudahkan pergerakkan tanpa had yang tangkas sekaligus meningkatkan prestasi para atlet secara optimum.
Untuk keterangan lanjut, sila layari about.hm.com