Dunia obesisi mekap kini gempar dengan kemunculan gincu pengilat bibir yang kelihatan sangat unik apabila mengandungi bunga mini yang seolah hidup di dalamnya! WOW! Hebat sungguh ciptaan ini.
INI MUNGKIN GINCU YANG PALING CANTIK DI DUNIA BUAT MASA INI!
Ia adalah hasil ciptaan eksklusif sebuah jenama alat solek Kailijumei dari China. Apa yang menjadikannya kegilaan warga penggemar alat solek adalah…
GINCU PENGILAT BIBIR INI MENGANDUNGI BUNGA GENIT ASLI YANG TELAH DIKERINGKAN DI DALAMNYA!
Gincu jeli ini mempunyai konsistensi lut sinar manakala sapuan warna yang dihasilkan pada bibir pula adalah bergantung kepada suhu dan pH tubuh si pemakai.
Fanatik mekap semuanya sedang MENGGILA, mahu memiliki gincu tersebut!
https://twitter.com/LolitaDrugs/status/744176579983577088
https://twitter.com/helenedenese/status/744974643170160640
Walau bagaimanapun, seperti kebanyakkan barang cantik yang lain, gincu istimewa ini telah pun kehabisan stok di kedai atas talian Kailijumei. Setiap satu darinya dijual pada harga $30.
Tetapi masih ada jalan lain untuk anda mendapatkannya iaitu dengan membuat tempahan pra (preorder) bagi rona pilihan Flame Red, Minutemaid dan Pink Barbie Power.
Dah sedia untuk jadi Puteri Disney dengan gincu magis ini?
Siapa tahu, mungkin gincu ini diinspirasi dari balang bunga ros keramat kepunyaan putera bengis (Beast) dalam filem animasi Puteri Disney BEAUTY & THE BEAST.