Baru-baru ini jenama kosmetik yang kian meningkat naik, Mary Kay tampil memperkenalkan Concealer serta krim bawah mata yang dapat menyekatakan tona kulit serta lingkaran gelap hanya menggunakan satu produk sahaja.
Dalam masa yang sama, krim itu juga secara tidak langsung dapat menutup cela parut serta bintik-bintik hitam seperti jeragat dan tompok hitam dengan sempurna.
Lebih menarik, produk alat solek keluaran terbaharu dari Mary Kay ini nyata sesuai untuk semua jenis kulit dari mereka yang memiliki kondisi kulit sensitif sehingga buat mereka yang mempunyai kulit normal, kering dan kombinasi.
Perfecting Concealer & Undereye Corrector berkongsi formula yang ringan kala disapu ke atas permukaan kulit, tidak melekit serta mampu memudar kejelasan kedutan halus pada wajah dengan menggunakan suatu teknologi yang digelar resap cahaya atau light-diffusing technology. Secara keseluruhan, wajah anda bukan sahaja akan kelihatan bersih daripada sebarang cacat cela, malah tona kulit tampak sekata seperti baru mendapat servis dandanan dari jurumekap profesional!
Kedua-dua rangkaian terbaru keluaran Mary Kay ini telah pun diuji secara klinikal dan dermatologi –bebas dari sebarang alergi dan iritasi, sesuai untuk si pengguna kanta lekap kerana ianya tidak akan menjejaskan kawasan kulit lembut dan sensitif di bahagian keliling mata, tidak akan menyumbat pori wajah muka serta bebas haruman.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.marykay.com.my