Kini di Malaysia! Ramai wanita di luar sana sanggup berbaris panjang demi mendapatkan sepasang sandal yang bukan sahaja bergaya malah selesa dari koleksi edisi terhad musim bunga 2016 dari Scholl ini!
Koleksi menonjol yang digelar Scholl Italian Bioprint ini direka khas menggunakan kepakaran teknologi yang dapat mengekalkan posisi kedudukan kaki yang terletak pada sandal sepanjang proses berjalan. Reka bentuknya yang ergonomik dan mesra pengguna ini adalah berlapiskan tilam kaki bertemankan ampung jemari kaki yang dapat memberi sokongan keselesaan yang berpanjangan. Bukan itu sahaja, lekukan yang istimewa untuk menempatkan tapak kaki juga disisipkan ke dalam rekaan sandal hebat dari School ini.
Koleksi terkini ini menampilkan beberapa ciri kepelbagaian, sandal yang berjiwa remaja, ceria serta dihiasi dengan perincian bertekstur serta jahitan sulaman manik secara tidak langsung membawa jenama sandal kesihatan kaki School ke satu tahap yang lebih ideal, selari dengan perkembangan fesyen masa kini. Walau berapa pun usia anda, anda bisa tampak bergaya dengan siri sandal Scholl Italian Bioprint!
Terdapat dalam 6 pilihan rekaan unik termasuk Spikey, Esme, Kenna, Bagota Wedge, Lesly dan Cindy.
Kesemua sandal ini dibuat menggunakan material yang mesra alam sekitar. Seperti material Eco Leather yang menghiasi setiap inci rekaan Scholl yang mengutamakan keselesaan si pemakai, ia menggabungkan sintetik mikrofiber yakni lebih selesa berbanding kulit asli binatang.
Selain tidak mengandungi bahan berbahaya yang dapat menjejaskan alam sekitar dan kesihatan manusia, Eco Leather ini juga kalis kotoran serta habuk, jadi anda tidak perlu risau untuk mencucinya setiap kali selepas memakai.
Lekas! Dapatkan sandal edisi terhad dari siri koleksi Scholl Italian Bioprint untuk musim bunga 2016 sebelum ia kehabisan stok! Direka secara menyeluruh di kota fesyen Itali dan diimport jauh dari Sepanyol!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.facebook.com/SchollShoesMY atau lawat mana-mana butik dan cawangan Scholl di seluruh Malaysia untuk membeli.