Dalam keadaan apa seklipun, sudah menjadi lumrah untuk semua wanita ingin kelihatan cantik tanpa sebarang halangan. Tidak mustahil untuk mendapatkan kulit yang sentiasa berseri meskipun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Rangkaian pelembab kulit terbaik, All-in-One Tinted Moisturiser dari jenama Estelle & Thild ini bisa memberi efek seolah-olah kulit anda sihat, lembab dan berseri sepanjang masa!
Konsistensi krim pelembab ini adalah sangat ringan, diformulasikan berdasarkan bahan-bahan yang bisa menghidrasi kulit, sekaligus membuatkan sapuan ke atas kulit itu tampak natural bersahaja.
Bukan itu sahaja, All-in-One Tinted Moisturiser ini dapat memelihara kulit dari pencemaran sekeliling, mempercepatkan proses pembaikian tekstur kulit dengan manfaat vitamin. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kejelasan pori pada wajah, menyekatakan tona kulit bahkan, menghapuskan cela-cela di sekitar kawasan muka.
Turut diperkaya dengan Asid Hyaluronik serta Aloe Vera yang digabungkan bersama vitamin baik yang lain, menjadi langkah pertama untuk produk tersebut melengkapkan rutin penjagaan harian wajah anda. Untuk pengetahuan anda, pelembab berwarna dari Estelle & Thild ini juga sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit.
Terdapat dalam dua (2) pilihan warna yang bersesuai dengan semua jenis tona kulit orang Asia iaitu Light 01 dan Medium 02. Hasilnya, kompleksi tona kulit anda akan lebih bercahaya, sekata serta nampak sihat seperti baru mendapatkan rawatan wajah di spa terkemuka.
Anda boleh dapatkan produk jenama Estelle & Thild di semua butik dan gedung kecantikan Sephora mahupun secara atas talian di www.sephora.my. Untuk keterangan lanjut, sila layari estellethild.com