Memperkenalkan haruman nyaman dari Burberry untuk menemani anda sepanjang musim Panas ini.
Rangkaian haruman Brit yang mempersona terdapat dalam 6 pilihan keseluruhan yang merangkumi 3 wangian khas untuk lelaki manakala 3 lagi wangian untuk wanita.
Kesemua wangian ini menggabungkan bau-bauan fusion menggoda yang pasti menceriakan hari-hari anda.
Burberry Brit For Her EDP (paling kiri) dan EDT terdiri daripada wangian floral yang seksi dan menggoda.
Burberry Brit Rythm EDT (dua dari kiri) adalah berdasarkan nota bauan buah-buahan segar, bunga Lilac serta Kayu Amber.
Burberry Brit Sheer EDT (tiga dari kanan) adalah kesinambungan bau-bauan ringan dan lembut serta diinspirasi dari buah-buahan manis. Ia merangkumi nota bauan bunga Peony merah jambu, Anggur Hitam dan sedikit Musk.
Khas untuk si Macho, Burberry Brit For Him EDT (empat dari kanan) adalah sejenis haruman yang kuat dan menonjol yang terdiri dari nota bauan Kayu Aras, Halia serta Kacang Tonka.
Burberry Brit Rythm EDT (paling kanan) pula menyerlah dengan bauan kayu-kayuan sensasi yang ditabah dengan nota bauan daun herba Basil Verveina dan Kayu Aras di samping bauan kulit tulen.
Burberry Brit Splash EDT (dua dari kanan) pula bagaikan anda sedang berdiri di tepian pantai sambil disapa oleh deruan angin segar dan tenang. Ia berlatarkan nota bauan herba Rosemary, watery accord dan tumbuhan hijau moss.
Untuk keterangan lanjut, sila layari my.burberry.com